"Abang... Abang..." Camelia seringkali meracau dalam tidurnya setelah kemalangan tersebut. Dia kerap dihantui bayang abangnya yang berlumuran darah, dan kejadian ayahnya meninggalnya di rumah itu bersama ibunya.
"Abang!" Camelia tersedar dari tidurnya. Dadanya naik turun dengan laju, tangannya mengesat peluh yang deras keluar.
"Huh, mimpi lagi," keluh Camelia. Dia melihat Qael yang terlena berada di sisinya.
"Maybe aku takkan dapat tidur agaknya," Camelia turun dari katil. Perlahan-lahan dia berjingkit menuju ke bilik lama abangnya. Dia merebahkan diri ke atas katil, tubuhnya bergolek ke kiri dan ke kanan. Bantal yang dahulunya menjadi kegemaran abangnya dipeluk kuat bagi melepaskan rindu.
"Abang, Lia rindu abang... Kenapa abang selamatkan Lia? Kenapa abang tak bawa Lia ikut abang?" luah Camelia. Seketika dia menggelengkan kepalanya.
"Tak tak, kenapa abang tinggalkan Lia dengan Qael? Kenapa abang tak stay dengan kitorang?" air mata mengalir di pipi Camelia. Dia duduk, kemudian merenung ke luar tingkap.
"Abang tahu tak... Mummy selalu lepas rasa benci dia pada ayah kat Lia. Sebab dia kata muka Lia yang ada rupa ayah buatkan dia makin meluat, makin benci. Ayah pula tinggalkan Lia dengan Qael pada mummy. Ayah kejam tau! Kenapa dia tak bawa Qael sekali dengan dia. Sekurang-kurangnya Qael tak perlu rasa semua kesusahan ni. Lia tak kisah kalau dia tinggalkan Lia, tapi dia tinggalkan Qael sekali! Apa memang dia dah tak ada perasaan ke?! Dia kejam!" hambur Lia. Semakin deras air mata mengalir.
"Kenapa dunia ni tak adil? Kenapa orang lain ada keluarga yang bahagia, tapi kita tak ada? Kenapa dorang ada semuanya, tapi Lia hilang semuanya? Kenapa semua ni jadi pada kita, dan kenapa tak ada langsung yang bertimbang rasa bersimpati pada kita? Kenapa dorang hina kita yang lemah, sedangkan dorang kuat kerana kita? Salah kita ke sebab lahir kat dunia ni, abang?" tanya Lia, biarpun dia tahu soalannya takkan berjawab.
Matanya tertarik dengan longgokan buku belajar yang pernah menjadi milik abangnya. Kalau abangnya masih hidup, abangnya kini di tingkatan 5.
"Kalau tak boleh tidur, baca buku abang jelah," monolog Camelia. Buku-buku itu diambil, kemudian dibeleknya satu persatu.
Satu helaian kertas jatuh ke lantai ketika Camelia ralit membelek buku milik abangnya. Kertas putih itu diambil, lipatan kertas tersebut dibuka cermat.
Terdapat beberapa ayat tulisan tangan, dia kenal itu tulisan abangnya. Namun dirinya tertarik dengan satu ayat.
"Kenapa dunia tak adil, sedangkan Allah itu Maha Adil?"
Camelia terpempan. Kertas ini, kertas yang sama dengan dia jumpa hari yang lalu. Soalan yang abangnya selalu tertanya, mahu mencari jawapan yang sesuai, padat tetapi ringkas.
Dia ingat lagi, abangnya pernah terlepas cakap, menanyakan hal ini kepadanya. Dan dia pula, mengambil kertas itu lalu menjawab...
"Ringkas, Allah dah wujudkan hari akhirat, hari pengadilan. Untuk mengadili apa yang tidak adil. Dunia tak adil, bukan salah Tuhan kerana menciptakannya. Tapi salah manusia yang merosakkannya. Biar dipijak, tapi kita sabar. Sabar harungi, In Shaa Allah, syurga menanti,"
YOU ARE READING
Aster
Fiksi RemajaNamanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya. ° Pertembungannya dengan pa...