8 1

508 63 3
                                    

"Eh Qael, makan elok-eloklah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Eh Qael, makan elok-eloklah. Habis comot mulut tu," tegur Camelia. Sapu tangan digunakan untuk mengesat sisa aiskrim di mulut Qael.

"Sedaplah aiskrim ni kakak. Akak nak?" tanya Qael sambil menyuakan aiskrim yang berbaki separuh itu kepada Camelia. 

"Tak apalah, Qael makan jelah sorang. Kakak tak lapar," ujar Camelia lembut. Matanya terus menatap Qael yang berselera memakan aiskrim coklatnya.

"Urk, dah habis. Sedapnya!" ujar Qael. Camelia menggeleng perlahan.

"Dah siap makan cakap apa?" 

"Alhamdulillah!"

"Pandai!" Camelia mengusap kepala Qael. Qael tersengih gembira sebelum memegang perutnya.

"Akak, sakit perutlah pulak. Qael nak naik pergi tandas dulu boleh tak?" pinta Qael.

"Oh? Jom akak ikut," Baru sahaja dia hendak bangkit daripada tempat duduknya, Qael menolaknya supaya duduk semula.

"Eh tak apa, Qael naik dengan abang Qairel je. Tengok tu, abang ada kat situ je tu. Okay eh akak? Bye kak!" Qael terus berlari ke arah Qairel yang sedang melambai ke arah mereka.

Terpinga-pinga Camelia dibuatnya. Akhirnya dia duduk sahaja menunggu di situ ditemani Insyi dan Ivy.

Camelia termenung lama mengenangkan memori silamnya yang telah dia ingat semula setelah berapa tahun lamanya. Perkara pertama yang difikirkannya adalah Qael. Namun setelah melihat wajah Mikhael, perasaan dendam dan amarahnya telah mengambil alih hatinya.

Dia marahkan ayah kandungnya itu, terlampau berdendam. Kalau tidak kerana Mikhael, keluarga mereka tiada musuh yang ingin membunuh mereka.

Kalau tidak kerana Mikhael, Qayyim tidak akan mati dilanggar keretanya sendiri.

Kalau tidak kerana Mikhael, Qael tidak akan buta matanya.

Kalau tidak kerana Mikhael, Tengku Diana tidak akan membencinya.

Kalau tidak kerana Mikhael, dirinya takkan diseksa.

Kalau tidak kerana Mikhael, hidup mereka tidak akan merana.

Semua salah lelaki itu. Lelaki yang tak layak digelar bapa!

Air Camelia akhirnya tumpah. Mengenangkan kembali 17 tahun kehidupannya yang pada mulanya cerah di pagi hari. Namun kerana seorang insan, hidupnya gelap tanpa cahaya.

"Camelia?" Camelia mengangkat wajahnya. Kelihatan Ivy dan Insyi sedang memandang ke arahnya dengan riak risau.

"Kenapa?" tanya Ivy kalut. Camelia mengesat kasar air matanya.

"Nothing," jawab Camelia sepatah. Wajah sahabat-sahabatnya itu dipandang dalam. Baik Insyi atau Ivy, kedua-duanya kalut tidak tahu mahu berbuat apa setelah melihat air mata Camelia.

Camelia tergelak kecil melihat tingkahlaku mereka.

"Hey hey, aku okay lah. Betul, tak ada apapun," kata Camelia sekali lagi.

AsterWhere stories live. Discover now