3 9

878 107 14
                                    

"Camelia," panggil Ivy

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Camelia," panggil Ivy.

"Kenapa?" tanya Camelia yang sedang memakai topeng muka.

"Kenapa kau pakai jersi ni?" tanya Ivy pelik. Setahunya jersi itu jersi pasukan bola keranjang.

"I manager basket. Can you believe that?" kata Camelia menyampah. Ivy tayang wajah terkejut.

"Kau? Manager? Basket?" tanya Ivy tak sangka. Camelia mengangguk malas.

"Wuhuuu, aku nak ikut kau boleh. Malas lah nak masuk kelas," Ivy mengedipkan matanya beberapa kali, cuba memujuk.

"Pemalas," kutuk Camelia.

"Sebab ikut kau," balas Ivy, tidak mahu kalah.

"Hmm yelah, Aku salah. Jom," ajak Camelia. Ivy tersenyum lebar.

"Jom!" terus lengan Camelia ditarik gembira, melangkah ke gelanggang tertutup.

Camelia dan Ivy mengambil tempat di tempat duduk penonton. Manakala Boys pula sedang melakukan aktiviti regangan.

Hari ini mereka ada friendly match dengan Frenz Boys' School.

Camelia memerhati cara mereka bermain dengan penuh minat, manakala Ivy pula ralit memerhati Camelia.

"Kau minat basket ke?" tanya Ivy, sengaja menduga.

"Entahlah. I Tak tahu kenapa I rasa I minat sangat dengan basket," jawab Camelia jujur.

Ivy tersenyum hambar mendengar jawapan Camelia.

"Aku rindu nak main basket dengan kau," bisik Ivy perlahan.

"You cakap apa tadi?" tanya Camelia. Terkejut Ivy dibuatnya.

"Hah?" Ivy buat muka blur. Janganlah Camelia dengar.

"You cakap something kan tadi?" tanya Camelia.

"Err... Eh mana ada. Kau salah dengar ni," nafi Ivy. Dia tidak mahu memberatkan fikiran Camelia. Cukuplah apa yang dia sudah lalui.

"Erm, okay,"

Janggal dengan suasana sunyi sepi, Ivy bersuara.

"Aku pergi beli air lah. Kau nak air apa?" tanya Ivy.

"Ikut you lah," jawab Camelia. Dia nak cakap tak nak, tapi... Memang Ivy dengar cakap pun.

"Okay," Ivy bangkit dari tempat duduknya.

Langkah Ivy cuma diperhatikan Camelia sehingga bayangnya menghilang.

Camelia lepaskan keluhan berat.

"Siapa diri I sebenarnya? Kenapa I rasa... I rindukan y'alls, walaupun y'alls depan mata I?" keluh Camelia.  Ayat Ivy tadi terngiang di dalam kepalanya.

Bukannya dia tak dengar apa yang dituturkan Ivy, dia cuma mahukan kepastian.

Tapi setiap kali situasi begitu terjadi, riak wajah Ivy mesti berubah sayu. Seakan-akan perkara yang dia ingin tahu itu sesuatu yang menyedihkan. Suatu perkara yang terlalu berat untuk diluahkan. Membuatkan dia tidak sanggup mahu tahu.

AsterWhere stories live. Discover now