2 4

944 115 50
                                    

"Selama ni y'alls ponteng tak pernah kantoi ke?" tanya Camelia sambil matanya mengerling ke arah jam dinding

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Selama ni y'alls ponteng tak pernah kantoi ke?" tanya Camelia sambil matanya mengerling ke arah jam dinding. Jarum menunjukkan jam 8.00, dan semua pelajar sepatutnya berada di masjid, menunaikan solat secara berjemaah. 

Tapi 4-12 aspuri macam biasa, sodorm.

"Jarang ah kantoi! Pernah kantoi sekali je, itupun sebab tak ada elektrik. Blackout. Mel ni melalak macam hantu datang nak terkam dia," sindir Zu.

"Salahkan Warah ah! Siapa suruh di potong suis utama elektrik sekolah?! Aku pulak yang kena!" kata Mel tak puas hati sambil menuding ke arah Warah yang sedang membaca novel cinta.

Novel itu ditutup. Wajah Mel dipandang selamba

"Eh hello? Kalau tak sebab Lexa nak takutkan korang, tak adanya aku nak mencemar duli pergi potong wayar tu," kata Warah pula. Lexa yang sedang mengunyah biskut dituding.

"Eh? Semua ni salah Zu tau! Kalau dia tak ambil chicken chop aku tak adanya aku nak kacau dia," kata Lexa berang.

"Pasal tu salah Mel tau! Dia yang langgar aku sampai chicken chop aku tumpah kat lantai DM. Salahkanlah dia!" bentak Zu.

"Hei! Aku takkan langgar kau kalau mamat gila terencat akal tu kejar akulah!" marah Mel pula

Mereka terdiam.

1 saat

2 saat

3 saat

"SALAH LELAKI GILA TU!" kata mereka serentak. Camelia dan Lily menutup telinga mereka.

"Dah, dah. Tak ada sesiapa yang salah," ujar Lily.

Mereka terdiam lalu memeluk tubuh.

"Warden tak pernah meronda ke?" tanya Camelia.

Mendengarkan soalan itu, wajah Mel serta merta pucat. Manakala Zu menekup mulutnya, menyembamkan wajahnya ke bantal. Warah pula sekadar tersenyum.

"Kebanyakan orang kata, bilik ni berhantu, berpuaka. Sampaikan warden sendiri takut nak ronda bilik ni. Lagi-lagi bilik ni terletak kat tingkat paling hujung, paling gelap," ujar Warah sebelum menyambung pembacaannya yang tergendala.

"Dengar cerita dulu ada kes budak asrama bunuh diri kat bilik ni. Kadang-kadang, kalau kitorang tak ada dalam bilik, budak bilik lain kata bilik ni bising yang teramat," kata Lily pula.

"Camelia nak tau cerita tak?" tanya Lexa. Dia mendekati Camelia. Mel pula sudah lama memeluk lengan Camelia.

"Ada satu malam Jumaat. Kitorang kena kumpul kat dataran. Mel lah orang terakhir keluar bilik. Dia tutup lampu dengan kipas bila dah kena tegur dengan warden Mawar," Lexa memulakan ceritanya. 

"Lepastu, baru selangkah je Mel jauh daripada bilik, lampu terbuka semula. Mel pelik, jadi dia pergi semula, nak tutup balik lampu. Masa dia pegang tombol... Tup! Lampu tertutup semula!" sambung Lily. Makin kuat pelukan Mel pada lengan Camelia.

AsterWhere stories live. Discover now