Namanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya.
°
Pertembungannya dengan pa...
"Nak minta tolong boleh?" Ivy menjadi pelik. Jarang Camelia meminta tolongnya. Selalunya dia cuba berdiri sendiri.
"Apa dia?" tanya Ivy lagi.
"Hmm, ingat tak bukti yang I suruh you dengan Syasya kumpul?" tanya Camelia. Ivy berfikir sejenak.
"Bukti tentang penyelewengan duit syarikat keluarga Niel, bukti penyeludupan dadah ke kelab malam, dengan bukti pemerdangan manusia? Tu ke?" tanya Ivy. Camelia terdiam.
"Ha lebih daripada cukup dah tu,"
"Nak buat apa?" tanya Ivy pelik. Kenapa tiba-tiba sahaja Camelia mengungkit tentang bahan bukti yang dikumpul mereka?
"I nak Azka and Firdaus kena tangkap before hujung minggu ni. Boleh ke?" tanya Camelia perlahan. Ivy tayang wajah terkejut.
Ivy mengangguk faham. Sebelum ini memang dia berharap Camelia segera berjumpa dengan ayah kandungnya, namun selepas mendengar kisah penuh daripada Insyi tentang insiden yang menimpa Camelia sebelum mereka bertemu kembali, dia lebih rasa mahu membunuh ayah kandung Camelia.
Well, dia open request. Siapa nak join dia bunuh ayah kandung Camelia, sila angkat tangan.
"Then, dia ajak I dengan Qael stay dengan dia start hujung minggu ni. So, I rasa lebih baik kalau dua manusia tu kena tangkap sebelum I jumpa ayah kandung I. I takut lagi teruk ugutan dorang kalau dorang tahu yang I dah jumpa ayah kandung I," terang Camelia. Ivy mengangguk faham.
"Okay, beres. Nanti aku bagitahu Syasya," kata Ivy.
"Thank you, kalau boleh pastikan dorang tak boleh diikat jamin tau," tambah Camelia. Ivy membuat gaya thumbs up.
"Itu sudah semestinya," jamin Ivy.
Camelia menghela nafas lega.
Walaupun hatinya masih tidak tenteram. Entah kenapa, di antara dua pilihan tersebut; sama ada membiarkan dua hamba Allah itu terus bebas di dunia ataupun menghantar mereka ke dalam penjara; kedua-dua pilihan tersebut dirasa tidak langsung memberi manfaat kepada dirinya.
Hatinya masih tidak tenteram, seolah-olah dapat mengagak apa yang bakal terjadi nanti.
"Ya Allah, lindungilah orang-orang yang Lia sayang , ya Allah," doa dipanjatkan di dalam hati.