4 4

880 106 17
                                    

Sabtu yang indah

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sabtu yang indah...

Sepatutnya dia boleh balik rumah dan melepak dengan Qael for a whole day tanpa gangguan sebelum ke rumah Puan Humaira untuk mengajar si cilik Hayna. Tapi Ivy terlebih dahulu menerima tawaran Naim untuk outing bersama pada hari ini.

Nak tak nak, Camelia terpaksa bersetuju apabila Ivy memujuknya.

Dan di sinilah Camelia, mengeluh di hadapan pagar rumah, menunggu kedatangan Qawwam sebagai pemandunya ke pusat beli-belah.

"Sumpah! Betul ke rumah kau ikut jalan masuk hutan?!" 

Camelia mengeluh lagi.

"Iya, berapa kali I nak cakap?" tanya Camelia jengkel.

"Seriuslah? Bukan kau perangkap aku kan?" 

Camelia merengus.

"Better you shut up and just follow the map! Buang masa I jelah nak tipu you!" hambur Camelia geram lalu mematikan talian.

Telefon disimpan ke dalam poket. Kemudian dia mengomel tidak puas hati.

Nasib baik Qael mudah sahaja terpujuk. Hampir-hampir sahaja Qael mengamuk kerana Camelia tidak dapat menemaninya pagi ini, namun apabila Camelia berjanji untuk membawanya ke taman pada waktu petang, Qael terus terdiam.

Bukan apa, Qael tak pernah diberi kebebasan untuk keluar ke mana-mana selepas pindah ke rumah yang terletak di dalam hutan itu tanpa pengawasan Camelia sendiri.

Biarpun bawah pantauan sesiapa sahaja. Hanya Camelia sahaja yang boleh membawanya keluar.

Sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan Camelia. Pintu tempat duduk sebelah pemandu dibuka daripada dalam.

"Masuk cepat, nanti lambat," arah Qawwam. Camelia menjulingkan matanya ke atas. Menyampah. Dia masuk jua.

Mereka berdua sekadar menyepi. Tiada topik yang mahu dibualkan. Lagipula sifat Camelia yang memang tidak mesra alam. 

Sesekali Qawwam mengerling ke arah Camelia.

"Kau memang tak pernah terniat nak buka mask ke?" tanya Qawwam, cuba melenyapkan kesunyian.

"Tak," jawab Camelia ringkas.

"Kenapa kau pakai mask? Muka kau hodoh sangat ke?" tanya Qawwam tanpa berlapik. Nak buat macam mana? Tu je kemungkinan yang ada dalam kepala otak dia.

Camelia sekadar mengangkat bahu, tidak mengiyakan mahupun menafikan.

Qawwam pula terdiam. Sehinggalah kereta yang dipandunya berhenti di hadapan sebuah pusat membeli belah.

"Jom," ajak Qawwam. Mereka melangkah beriringan masuk ke dalam pusat membeli belah itu.

Langkah kaki dituju ke arah sebuah restoran.

AsterWhere stories live. Discover now