5 2

834 103 12
                                    

"Apahal tiba-tiba panggil I datang sini? Dah nak mati ke? Nak tempah kubur area mana?" tanya Camelia sebaik sahaja duduk di sofa berhadapan kedua ibu bapanya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apahal tiba-tiba panggil I datang sini? Dah nak mati ke? Nak tempah kubur area mana?" tanya Camelia sebaik sahaja duduk di sofa berhadapan kedua ibu bapanya.

Manakala Azka pula duduk di sebelah Camelia namun jauh sedikit.

"Aku nak kau masuk Angsana Highschool," ujar Dato' Firdaus. Kening Camelia terangkat sebelah.

"Sekolah orang kaya tu? Nak buat apa?" tanya Camelia.

Apa lagi orang tua ni nak suruh dia. Haritu suruh dia mencuri, lepastu suruh dia rosakkan perniagaan orang. Kang ada yang dia tanam hidup-hidup kang.

Well, nama pun Camelia. Ingat dia nak ikut cakap ke? Dia hulurlah duit dia, kata tu duit hasil curian. Lepastu kedai mana yang Dato' Firdaus minta dia buat onar tu, dia minta kedai tu tutup 3 hari sebelum buka balik kedai tu.

Simple. Tak perlu kotorkan tangan dia dengan kerja bodoh tu.

"Carilah boyfriend kaya kat sana. Jadi bank kitorang," jawab Azka. Tengku Diana sekadar mendiamkan diri. Malas hendak bersuara. Tak penting untuk dia pun.

Camelia tersentak.

"Kepala otak y'alls dah kena tanam ke apa? Oi, mana pergi duit I yang masuk bank you hari-hari hah?!" marah Camelia. Dia penat bekerja cari duit, 95% daripada duitnya perlu diberikan kepada dua biawak hidup, Dato' Firdaus dan Azka Syafie.

Senang hidup dorang? Nasib baik je Tengku Diana tak masuk campur. Kalau tak habis lesap semua duit hasil pekerjaan halalnya diberikan kepada syaitan-syaitan tak sedar diri itu.

"Kau fikir duit yang kau bagi tu banyak sangat ke? Weh tak cukup tau," celah Azka. Camelia menggulingkan matanya ke atas.

Tak cukup? Gila agaknya. Sebulan dia bagi lebih kurang 4000 seorang. Lebih dari cukup tau! Nasib baik jelah dia jumpa sampul yang tebal dipenuhi dengan duit. Dapat jugak dia tampung hidup dia dengan Qael walaupun gaji kerjanya melayang ke tempat maksiat.

"Lantak y'alls lah. I malas nak masuk campur. Yang I tahu I dah bagi duit setiap bulan," Camelia bangkit dari duduknya sebelum Azka menahan.

"Well, daddy. Macam yang dirancang," ujar Azka. Tiba-tiba sekumpulan lelaki masuk ke dalam rumah mereka. Dua daripada mereka memegang Camelia.

"Hey hey! Y'alls nak buat apa hah?!" amuk Camelia. Dia cuba melepaskan dirinya. Dia kenal semua lelaki yang baru tiba itu.

Semuanya gang gangster Azka.

Pft, kerja gangster. Duit tak ada. Menyedihkan.

"Hantar dia kat kelab kita, malam ni dia korang punya," ujar Azka.

"Woi lepaskan I lah tak guna! Hish!" Camelia meronta-ronta.

"So, still tak nak buat?" tanya Dato' Firdaus.

AsterWhere stories live. Discover now