"Wah, datang juga ya Camelia?" sapa Sir Ryan.
"I datang sebab ada orang memekak memanggil nama I," tipu Camelia. Padahal tujuan dia datang kerana mahu melihat gelanggang tertutup. Dia sendiri tidak ingat sejak bila dia suka bola keranjang.
"Okaylah. Tujuan utama saya panggil kamu semua, termasuk Camelia sekali kerana... Saya nak lantik Camelia sebagai manager kamu,"
"WHAT?! MANAGER?!"
"MANAGER? YOU DAH GILA KE?!"
Jeritan mereka bergabung.
Niel dan Sir Ryan menutup telinga mereka.
"Weh janganlah menjerit!" marah Niel. Terdiam mereka.
"Kenapa I?" tanya Camelia tidak berpuas hati.
"Niel cadangkan nama kamu," ujar Sir Ryan.
"Macam mana you boleh terfikir nak ambil I sebagai manager y'alls? Tak takut y'alls kalah ke?" tanya Camelia selamba.
"Nak buat macam mana. Dah terdetik nak pilih kau. Lagipun kau kan pandai main," ujar Niel.
"Jadi manager je pun, suruhlah perempuan lain. Ramai lagi yang nak jadi manager y'alls. Manager bukannya kena pandai main," ujar Camelia.
"Saya harapkan kamu. Kamu je satu-satunya harapan saya.Lagipula saya makin sibuk tahun ni. Boleh ya Camelia?" ah sudah, keluar ayat mengharaplah pulak, keluh Camelia. Dahlah dia tak boleh orang mengharap padanya.
"Ish yelah yelah. Macam apa je," rungut Camelia.
"Terima kasih Camelia!" ujar Niel terlebih ceria.
Kini lengkaplah, pertemuan di antara Camelia dan lelaki-lelaki idaman pelajar perempuan.
Perkenalkan jejaka idaman yang selalu menjadi sebutan ramai pelajar Angsana Highschool, tidak kira lelaki atau perempuan.
Qawwam Adhar bin Mikhael Afnan, berjawatan ketua pengawas Angsana Highschool. Anak kepada CEO dan pemilik syarikat C'Aster Holdings. Selalu memperoleh tempat kedua dalam tingkatan dari segi akademik. Sedikit matang berbanding sahabatnya yang lain.
Rizqin Huzayr bin Alief, berjawatan ketua unit SPBT. Tempat pertama dalam tingkatan dari segi akademik, namun baru-baru ini jatuh ke ranking kedua selepas dikalahkan Camelia. Suka mengusik, ketua segala perancangan nakal serta gila-gila. Pelajar terbaik sekolah.
Tengku Naim Muhassin Tengku Mahmud, berjawatan ketua unit koperasi dan ketua kelab usahawan. Anak saudara kepada Tengku Muazzam. Seorang yang mudah bergaul dengan sesiapa sahaja, cepat mesra, ceria, kecuali dengan perempuan. Camelia adalah satu-satunya perempuan yang dapat berbual seperti biasa dengannya selain ahli keluarga dan sepupunya.
Fakhrul Ridhwan Dato' Fareez, ketua kelas 5 Atria. Panas baran. Selalu cakap lepas, ikut suka hati mulut dia sahaja. Suka gunakan kekerasan dalam apa jua keadaan. Boyfriend kepada Hani Insyirah. Olahragawan selama 4 tahun berturut-turut.
Hafizul Akram Tan Sri Azrul, seorang yang tegas dan garang, sesuai dengan jawatannya ketua unit disiplin. Pernah dicalonkan sebagai ketua pengawas, namun ditolak jawatan tersebut kepada Qawwam. Dingin terhadap perempuan, anti Camelia. Agak penakut orangnya.
Daniel Danish bin Damien, ketua kelab dan pasukan bola keranjang. Seorang yang bersikap kebudak-budakan, kandangkala terlebih manja. Aktif dalam bidang sukan. Digilai ramai bukan kerana tampan, tapi kerana kecomelannya seperti kanak-kanak kecil. Anak kepada pengarah syarikat terpenting di Malaysia.
Buaya antarabangsa yang merupakan ahli terakhir Boys, Aqlan Mustaqim bin Arief, ketua aspura. Macam mana boleh jadi ketua asrama pun tak tahulah. Sentiasa bermanis kata, akhirnya perempuan ditinggalkan begitu sahaja, itulah hobinya. Merupakan sepupu kepada Qin.
Camelia mengeluh lagi. Kenapalah dia boleh terlibat dengan lelaki pujaan ramai ni? Rambut hadapannya diraup kesal.
Sebaik sahaja Sir Ryan meninggalkan mereka, Qin bersorak gembira.
"Yeay! Tahun ni ada kuli batak!" sorak Qin. Mata Camelia membulat. Botol air yang dipegang salah seorang junior diambil lalu dibaling ke arah Qin, tepat mengena kepalanya.
"Auch, sakitlah!" aduh Qin.
"Y'alls yang junior ni perkenalkanlah diri. I tak kenal lagi dengan y'alls," ujar Camelia, menghiraukan Qin. Naim menggelakkan Qin sepuas-puasnya.
"Syafiq, form 4,"
"Hai kak! Nama saya Nawaf. 4 Atria,"
"Ariez Marzuki, panggil Zuki. 16 tahun,"
"Amier Faqihin, tingkatan 4,"
"Err... Nama saya... Saiful. Form 3,"
"Hakim, 3 Mirfak,"
Junior memperkenalkan diri, sedang senior mereka bermain dan bergurau sehingga bertarik rambut.
"Lepaskan akulah!"
"Lepaskan aku dulu!"
"Kau lepaskan aku, aku lepaskan kau!"
"Penipu!"
"Tolong!"
"Penat aku pomade rambut aku woi!"
"Salah kau lah ni!"
Camelia menepuk dahi lalu mengeluh berat.
"Ya Tuhan, berikan aku kesabaran,"
Vote and comment! And sorry about 'ter'publish tadi! Mianhae!
YOU ARE READING
Aster
Teen FictionNamanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya. ° Pertembungannya dengan pa...