7 4

807 118 55
                                    

Keesokan harinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Keesokan harinya

Camelia menconteng seluruh buku notanya dengan kod yang dijumpainya semalam. 

"Apa benda yang kau conteng tu woi?" tegur Ivy secara mengejut. Hampir melatah Camelia dibuatnya. 

"Tak ada apa-apa lah," Camelia menutup buku notanya lalu disusun di sudut meja. Ivy memandangnya pelik.

"Kau tak nak buat treatment ke untuk parut kat dahi kau tu?" tanya Ivy sambil menunjuk ke arah dahi Camelia yang berbalut.

Selama ini semasa dia belum memakai tudung, parut di dahinya itu hanya ditutup dengan rambutnya sahaja. Namun selepas dia memakai tudung, dia perlu membalut parutnya supaya tidak dilihat orang. 

4-12 aspuri hanya lihat wajahnya tanpa melihat parutnya di dahi sebelah kanan, sebab itu mereka tidak takut dengan Camelia. Kerana parut di dahi Camelia lebih teruk dari parut di wajah Camelia yang lain.

"Hmm, biar jelah parut ni," balas Camelia malas. 

"Kau ni, duit kau kan dah terlebih cukup nak tanggung kos biaya pembedahan mata Qael. Sekarang cuma tunggu penderma je kan? Duit untung cafe kau pulak cukup untuk kau dengan Qael makan setiap hari, cukup untuk gaji kak Irza, and cukup untuk sekolah. Apa yang kau nak risau sangat? Stop lah kerja lebih masa," kata Ivy perlahan, tidak mahu perbualan mereka didengari orang lain.

"Biar jelah. Untuk kesenangan Qael jugak," jawab Camelia acuh tak acuh. 

"Hmm, yelah Camelia Aster oi. Cakap dengan kau tak pernah jalan. Aku pergi jumpa abi kejap tau, bye!" pamit Ivy. 

Camelia segera mengemas barangnya. Cikgu tadi ada pesan supaya dia pergi ke gelanggang tertutup bola keranjang untuk menguruskan hal penyertaan pertandingan peringkat international akan datang.

Sehelai kertas iaitu pendaftaran pemain dibawanya sekali.

"Hadap lelaki terencat akal lagi," keluh Camelia perlahan. Warah memandangnya pelik.

"Kau nak pergi mana?" tanya Warah.

"Ada hal kejap," jawab Camelia ringkas.

"Nak aku ikut?" pelawa Warah. Camelia menggeleng.

"Tak apa, sekejap je ni," ujar Camelia. Dia melangkah ke gelanggang tertutup.

Tempat pemain berkumpul ditujunya kemudian dia mengambil kehadiran mereka.

"Huh? Naim dengan Niel mana?" tanya Camelia pelik. Pemain junior hanya mengangkat bahu menandakan tidak tahu manakala Boys hanya memandang sesama sendiri sahaja.

"Hello? I tanya ni? Memang dilahirkan pekak tuli eh?" tanya Camelia meluat. Dia malas mahu berlama di situ, cepat habis kerja, cepat dia balik semula ke kelas.

"Niel patah kaki, dia tak dapat nak join tournament. Naim pula tarik diri," kata Hafiz. Camelia mengangguk faham. Dia menandakan sesuatu pada kertas pendaftaran. 

AsterWhere stories live. Discover now