Namanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya.
°
Pertembungannya dengan pa...
"Qael laparkan kasih sayang akak, dahagakan perhatian akak. Apa makanan yang sesuai untuk tu ya?" tanya Qael. Camelia tergelak kecil. Hidung Qael dicuit.
"Ada-ada je lah Qael ni. Nak makan tak? Akak masakkan," pelawa Camelia. Qael menggeleng.
"Nak tidur dengan akak," rengek Qael sambil memuncungkan bibirnya.
"Okay, jom," mereka berdua baring di atas katil. Tubuh Qael dipeluk, belakang Qael ditepuk, seperti mendodoikan bayi, sambil bibirnya melafazkan zikir.
Yakin Qael sudah dibuai mimpi, Camelia mencium dahi Qael.
"I love you till my last breathe," bisik Camelia. Air mata Camelia menitis setitik, jatuh ke wajah Qael.
"Stay strong, eventhough I'll leave you. Akak nak Qael kuat, akak takut akak takkan ada selamanya untuk Qael," ujar Camelia. Takut membayangkan kehidupan Qael tanpanya.
Lama kelamaan dia turut tertidur.
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Camelia menguap sambil melangkah ke dewan sekolah.
Hari ini diadakan perhimpunan seperti biasa. Camelia mengambil tempat di barisan paling belakang sekali. Dia menongkat dahunya. Camelia cuba menahan matanya dari terlelap.
Bayangkanlah, pagi buta Qael mengigau, mimpi buruk katanya. Penat dia bersengkang mata, berjaga untuk menjaga adiknya itu. Pada awal pagi pula Dayyan sudah menjemputnya dan menghantarnya ke sekolah, atas desakannya juga.
Guru-guru mula berucap.
Dan ucapan paling terakhir...
"Macam biasa, kita akan umumkan kelas terbersih mingguan. Kelas terbersih menengah atas jatuh kepada...
5 Mirfak!"
Ahli 5 Mirfak bertepuk tangan mendengarkan ucapan guru tersebut.
"Malangnya... Minggu ni kita ada kelas tercorot," ujar guru tersebut kesal.
Rata-rata pelajar terkejut. Yelah, semua pelajar diberi peluang untuk mengemas kelas 10 minit sebelum pemeriksaan dijalankan, macam mana boleh ada yang tercorot pula? Takkan tak sempat nak kemas kelas kot?
"5 Atria, seluruh ahli kelas kamu dimerit 10 setiap seorang, dan didenda untuk membersihkan padang sekolah selepas makan tengahari nanti," ujarnya.
Ahli kelas 5 Atria, kecuali Camelia terkejut. Camelia hanya menguap, bosan dengan apa yang didengarinya. Mesti akan ada orang yang salahkan dia lepas ni.
Haih... nasib badan...
"Semua boleh bersurai," 5 Atria terus naik ke kelas mereka. Hadiah di hadapan mata memang mengejutkan mereka.
Meja tidak tersusun. Kerusi tunggang langgang. Papan putih penuh dengan kata-kata cercaan dan carutan. Sampah berterabur di atas lantai. Buku-buku bersepah, tercampak sana-sini.
Serupa tempat kucing beranak!
Ridh meluru ke arah Camelia. Pantas penumbuk dilepaskan ke pipi Camelia.
"You dah kenapa?!" jerit Camelia geram.
"Kau yang buat semua ni kan?!" tuduh Ridh.
"Hoi! I tak bodohlah nak tolak merit sendiri!" nafi Camelia.
"Sebelum kau masuk kelas ni, tak ada masalah pun yang jadi! Tapi lepas kau masuk, semuanya rosak! Hancur!" amuk Ridh.
BUK!
Semua orang tergamam, manakala Camelia menggoyangkan tangannya yang baru sahaja memberi ganjaran ke wajah Ridh.
"Fuh, lama tak tumbuk orang," ujar Camelia selepas meniup buku limanya.
"Kau nak gaduh ke sial?!" Ridh mula menolak tubuh Camelia. Mereka mula bergaduh. Lebih kepada Ridh membelasah Camelia. Hanya wajah Camelia menjadi sasarannya.
"FAKHRUL RIDHWAN! CAMELIA ASTER! CUKUP!" tengking Qawwam apabila melihatkan kedua-dua mereka tidak henti bergaduh.
Ridh terus bangun dari tubuh Camelia. Manakala Camelia menggagahkan diri untuk berdiri, meskipun kepalanya terasa pening.
"Kau rampas semuanya dari aku! Memang patut pun kau hadap semua ni!"
"Semuanya disebabkan kau! Kau!"
"AKU BENCI KAU!"
"BILIK DISIPLIN. SEKARANG!"
Vote and comment!
Gila ke apa Ridh tu, pergi pukul perempuan? Macam Camelia tu lelaki!