6 5

747 110 50
                                    

Camelia berjalan seorang diri ke blok akademik

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Camelia berjalan seorang diri ke blok akademik. Memandangkan kini waktu riadah dan hujan rintik mulai turun, semua pelajar tidak diwajibkan beriadah.

Camelia mahu naik ke kelas bagi membuat sedikit ulang kaji sendiri, memandangkan dia selalu gunakan waktu belajarnya untuk tidur.

Sebaik sahaja dia melintasi kawasan kantin, dia dikepung dengan ramai pelajar.

"Nilah dia perempuan tak tahu malu tu,"

"Dasar pelacur. Kenapa dia masuk sekolah ni hah?"

"Agaknya dia dah kena buang keluarga kan?"

Ramai pelajar mula mengutuk, mengejek, memperlekehkan dirinya. Ada juga yang membaling batu, tepung, dan menyimbah air.

Camelia sekadar menundukkan wajahnya, tidak mahu melawan.

Apa guna dia melawan kalau tiada siapa mempercayakan dirinya?

Tiba-tiba dia merasakan seperti ada orang sedang berhadapan dengannya. Camelia mengangkat wajahnya, dan melihat seorang perempuan bertudung dan bertopeng seperti dirinya sedang mendepakan kedua tangannya, melindungi Camelia dari terkena tepung.

Camelia memandang mata pemilik tubuh yang melindunginya itu. Ketika mata mereka bertembung, Camelia terkejut, kerana dia rasa dia kenal siapa orang di hadapannya itu.

"Hai? Miss me?" tanya si dia yang berada di hadapannya. Dahi Camelia berkerut.

"Siapa you untuk I rindu?" tanya Camelia jengkel. Suaranya sedikit kuat, bagi mengatasi suara-suara herdikan di sekelilingnya.

"Auch, it's hurt me," tangan diletakkan ke dada, menunjukkan betapa tajamnya kata-kata Camelia menusuk hatinya. Camelia menggulingkan matanya ke atas.

"Siapa kau hah? Ke tepilah!" ada pelajar bersuara. Mata yang tadi kelihatan ceria, tiba-tiba berubah kosong secara drastik. Dia berpaling menghadap pelajar lain.

"Kau tanya siapa aku? Hish, biadap betul. Sudahlah baju aku dikotorkannya. Berpuluh ribu aku spend duit aku untuk baju ni, kau tahu tak?!" tengking perempuan itu. Kotoran di bajunya ditepis lembut.

"Yang kau sibuk masuk campur urusan kitorang ni kenapa? Ni urusan kitorang dengan perempuan jalang ni! Kau jangan menyemak kat sini lah!" tengking pelajar lain pula

Perempuan itu tergelak halus. Dia membuka topeng mukanya.

"Camelia, macam mana kau tahan pakai topeng tu dari siang sampai ke malam eh? Aku baru pakai sekejap pun dah panas berpeluh," rungutnya sambil membuang topeng mukanya ke dalam tong sampah berdekatan.

Satu kantin menjadi sunyi sepi. Tiada siapa mampu mengeluarkan suara, lebih-lebih lagi setelah mereka sedar, mereka telah mencari masalah dengan Tengku Ivy Irisya, anak pengetua sekolah dan salah seorang ahli kerabat diraja!

"Nah, sekarang, siapa tanya aku siapa tadi? Cuba ke depan sekejap, tunjuk sikit muka cantik korang tu," panggil Ivy. Tiada siapa berani menentangnya. Semua hanya menunduk.

AsterWhere stories live. Discover now