"Nama cikgu, Airel. Panggil Sir Airel. Cikgu akan ajar kelas kamu English dengan Kimia," ujar Sir Airel.
"Tahu," jawab Camelia sepatah, sekadar didengarinya sahaja.
"Ha? Apa dia?"
"Tak ada apa-apa," ujar Camelia.
"Kamu tunggu luar sekejap ya, saya masuk dulu," ujar Sir Airel sesampai mereka di hadapan pintu kelas. Camelia mengangguk. Dia melangkah sedikit ke belakang lalu mendongak. Papan tanda yang menunggu masa untuk jatuh dipandang kosong.
Buk!
Baru cakap tadi...
Camelia pandang papan tanda yang jatuh tepat di hadapan kakinya.
Nama 5 Mirfak dipotong menjadi the worst nightmare!!
"Dari nama bintang jadi worst nightmare? Apa punya class dorang ni," kutuk Camelia. Bibir di sebalik topeng itu mencebik.
"Pelajar kat luar tu, masuk!" laung Sir Airel dari dalam.
Camelia melangkah masuk ke dalam kelas itu. Mata-mata yang memandangnya tidak dihiraukan.
"Budak topeng ah,"
"Apahal dia pakai topeng eh? Pengetua kasi ke?"
"Nilah budak baru yang buat kecoh kat masjid semalam,"
"Budak ni ahli baru bilik puaka tu,"
"Perkenalkan diri kamu," ujar Sir Airel.
"Hell-o, nama I Camelia Aster, boleh panggil I Camelia," ujar Camelia bersahaja.
Satu kelas terkaku mendengarkan sapaan daripada Camelia. Hell-o?!
Camelia hiraukan pandangan terkejut rakan sekelasnya.
"Sesiapa nak tanya soalan pada kawan baru kamu?" tanya Sir Airel memecahkan kesunyian yang melanda.
"Kau tak ada bapak eh?" tanya seorang pelajar perempuan berambut karat. Belum sempat Sir Airel menegur, Camelia terlebih dahulu bersuara.
"Kalau I tak ada bapak apa kena mengena dengan you. You nak share bapak you dengan I ke?" tanya Camelia 'sopan'. Pelajar perempuan itu terdiam.
"Nama penuh I Camelia Aster binti Dato' Firdaus. Cukup? Ke nak nama atok moyang I sekali?" tanya Camelia sinis. Ramai pelajar menggeleng.
"Lagi?" tanya Camelia malas. Dia menguap buat kali ke berapanya untuk hari itu.
"Kau dari sekolah mana?" tanya seorang pelajar lelaki berambut serabai dan kemeja sekolah yang tidak di tuck-in.
Camelia terdiam. Ah lupa lagi!
Mata Camelia di sebalik helaian rambut itu terkelip-kelip, cuba mengingat nama sekolah lamanya.
"SMK Lola kot," jawab Camelia perlahan.
"Apa?" tanya pelajar lelaki itu. Tidak mendengar jawapan Camelia.
"Entah, tak penting pun kan?" tanya Camelia pula. Lelaki itu mendengus.
"Kenapa kau pakai mask?" tanya pelajar lelaki yang lain pula.
"Ikut suka hati I lah nak pakai mask ke nak pakai raga nak pakai baldi ke, apa you kisah?" tanya Camelia jengkel.
"Okay, look like your new friend didn't want to answer any question of yours. So Camelia, take your seat, anyplace you want," ujar Sir Airel. Camelia memandang sekeliling.
Ada 5 meja yang tidak bertuan, namun hanya ada 2 kerusi yang tidak bertuan. 2 dari 5 meja itu telah penuh dengan contengan kata-kata kesat, manakala 1 dari 5 meja itu pula telah hilang lacinya. 1 dari 2 kerusi itu pula telah hilang sebelah kakinya.
Camelia mengambil tempat di sebelah seorang pelajar perempuan.
"Cikgu Alisya tak ada, jadi saya akan ganti dia. Kamu semua siapkan latihan grammar semalam," arah Sir Airel. Ramai pelajar mula mengeluh.
Camelia mulanya hendak melelapkan mata terhenti apabila satu suara menyapanya.
"Hai Camelia. Nama aku Hani Insyirah. Boleh panggil Insyi," sapa pelajar semejanya.
"Hmm, okay," jawab Camelia acuh tak acuh.
"Kau nak kawan dengan aku? Boleh rehat sama-sama," ajak Insyi.
"Hmm, okay,"
Insyi terdiam apabila dilayan acuh tak acuh sahaja oleh Camelia. Akhirnya dia buat keputusan untuk menyiapkan latihan Sir Airel.
Camelia baru sahaja ingin melelapkan mata namun bunyi loceng sekolah kedengaran. Tersentak Camelia dibuatnya.
"Dah rehat ke?" monolog Camelia. Insyi yang merasakan Camelia menujukan soalan itu kepada dirinya menjawab.
"Dah, jom rehat sama-sama!" ajak Insyi.
"You pergi jelah rehat, I taknak," jawab Camelia datar.
"Oh okay? Kau nak aku bawa jalan-jalan satu sekolah ke?" pelawa Insyi.
"No need," jawab Camelia ringkas.
"Oh okay," Insyi melangkah pergi.
Camelia berjalan seorang diri, mencari kedudukan bilik SPBT.
Sedang berjalan, dia terserempak dengan Warah.
"Eh, Camelia nak pergi mana?" tanya Warah.
"Bilik SPBT kat mana?" tanya Camelia tanpa berdalih.
"Jom Warah tunjukkan," ajak Warah. Warah membawa Camelia sehingga ke hadapan bilik SPBT.
"Camelia masuk, nanti Camelia akan jumpa pengawas SPBT yang bertugas harini," ujar Warah.
"Okay," jawab Camelia, tanpa berterima kasih.
Camelia menolak pintu bilik SPBT itu. Dia melangkah masuk ke dalam bilik itu.
"Eww, lot of books," Camelia membuat muka geli.
Cik Camelia oi, hang masuk bilik SPBT mestilah jumpa buku, takkan kau jumpa maggi?
"Eh ada maggi lah! Maggi siapa ni?" Camelia memandang pelik maggi cup yang ditutup dengan buku teks Sejarah. Dalam banyak-banyak buku teks kenapa Sejarah jadi mangsa?
"Kau siapa?!"
Vote and comment
YOU ARE READING
Aster
Teen FictionNamanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya. ° Pertembungannya dengan pa...