Namanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya.
°
Pertembungannya dengan pa...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"You bagi alasan apa dekat warden?" tanya Camelia sebaik sahaja kereta Dayyan melepasi pintu pagar sekolah.
Dayyan tersengih mendengarkan soalan Camelia.
"Aku cakap... Aku abang angkat kau, nak bawa kau balik untuk dua hari sebab ada ahli keluarga kemalangan," ujar Dayyan, matanya masih fokus ke jalan raya.
"Maksudnya I terlepas dari sekolah tu untuk dua hari lah?" tanya Camelia. Dayyan mengangguk.
"Tch, mentang-mentanglah you tua 4 tahun daripada I, terus claim diri tu abang I," ujar Camelia.
Dayyan tergelak.
"Aku memang abang angkat kau pun," kata Dayyan.
Lima minit kereta itu menyepi tanpa sebarang suara.
"Tak apa lah, sekarang aku claim jadi abang angkat kau. Lepas ni aku claim jadi suami kau pulak, okay?" Dayyan mengenyit matanya.
Mata Camelia membuntang. Terus dikalihkan mukanya memandang jalan raya. Dayyan tergelak kecil.
Kereta diberhentikan di hadapan deretan kedai. Camelia dan Dayyan melangkah masuk ke sebuah kafe yang kelihatan simple bertemakan klasik.
Dua orang pekerja yang melihat mereka masuk terus berdiri lalu menunduk hormat. Dayyan tersenyum ke arah mereka manakala Camelia tetap memandang ke hadapan.
"Hai boss!" sapa seseorang. Mereka menoleh.
"Wahai kak Awa yang dikasihi Camelia, berapa kali I nak pesan. Jangan panggil I boss," ujar Camelia.
"Aloo sekali sekala. Bukannya ada customer pun," ujar Awa.
"Yelah kak Awa, cakap dengan you sampai bila tak habis," ujar Camelia. Dia mengambil tempat di meja yang agak tersorok.
"Eh, hai encik Dayyan! Bila nak kahwin dengan boss?" usik Awa. Dayyan terbatuk. Camelia segera menepuk belakang Dayyan.
"Wahai kak Nazurin Hawa yang diciptakan untuk Adam, sila diam dan jangan tanya soalan merepek, boleh?" pinta Camelia.
"Alaa berahsia sangat. Cakap jelah kahwin bila. Kitorang tak sabar nak pergi majlis korang ni," ujar Jiha yang muncul dari dapur, menatang dua cawan air. Air tersebut dihulurkan kepada Camelia dan Dayyan. Camelia membuka topeng mukanya, lalu menghirup air ais mocha kegemarannya.