Camelia melangkah masuk ke perkarangan sekolah. Mata-mata yang memandang jelik ke arahnya dihiraukan. Fikirannya melayang mengingatkan peristiwa yang berlaku semalam.
"Asal dia berani sangat tunjuk muka lepas apa yang jadi eh?"
"Dah nama perempuan tak tahu malu, macam tu lah jadinya,"
"Eih, geram je aku tengok dia. Macam suci sangat,"
"Dah lah bertopeng pulak tu. Entah entah muka dia hodoh sangat kan?"
Jelas bisikan (yang boleh dikatakan bukan berbisik🙄) sampai di telinga Camelia, namun kakinya tetap tenang menuju ke padang sekolah. Dia ingin menenangkan dirinya di situ, seorang diri.
Camelia mengambil tempat di salah sebuah bangku di tepi padang rumput. Dia menarik nafas dalam sebelum menghembus lembut. Dia memejam matanya, cuba mengosongkan fikirannnya yang serabut dengan pelbagai masalah yang perlu dihadapinya.
"Huh, serabutnya otak I," keluh Camelia sendirian.
"Yow mate!" sergah seseorang. Camelia menoleh. Kelihatan Lexa meluncur dengan papan luncur sebelum melompat lalu duduk di sebelah Camelia.
"Kenapa ni?" tanya Camelia pelik. Jarang sekali Lexa muncul di hadapannya ketika di sesi persekolahan. Boleh dikira dengan jari berapa kali mereka bertembung.
"Ah, tak ada apa-apa pun. Ada apa yang pelik kat aku ke?" tanya Lexa. Dia membelek dirinya sendiri.
"Nah, tak ada apa yang pelik pun. Saje tanya," balas Camelia. Dia kembali merenung keindahan alam yang terbentang di hadapannya.
"Oh ya, famous kau hari ni eh?" tanya Lexa sambil membuka sepaket biskut. Sekeping dihulurkan untuk Camelia namun ditolak baik.
"Famous? Apa yang famous nya?" tanya Camelia pelik.
"Eh, seriuslah kau sedar?" tanya Lexa terkejut. Manakan tidak, mula masuk perkarangan sekolah lagi, semua pelajar dan termasuklah beberapa orang guru mula bergosip tentang Camelia. Camelia itulah, Camelia inilah. Macam macam.
Ada juga yang sengaja menguatkan suara mereka supaya didengari ramai, terutama sekali ahli kelab wartawan dan media.
Dasar attention seeker. Tahulah tak cukup kasih sayang en?
"Tak? Ada apa-apa yang penting ke?" tanya Camelia malas. Lexa menghela nafas lalu menggeleng.
"Aku pun tak tahu sangat cerita apa yang dorang gosipkan tu. Nak sampaikan kat kau pun aku tak tahu cerita sebenar. Nanti kau masuk kelas kau tanyalah budak nombor 1 tu," jawab Lexa. Dia mmenghancurkan sekeping biskut sebelum diberi makan kepada burung yang kebetulan berada di situ.
"Budak nombor 1?"
"Ha, budak paling pandai dalam sekolah ni. Tapi sebelum kau masuk sekolah ni lah. Bila kau masuk sekolah ni, title paling pandai tu korang dua kongsi," balas Lexa tanpa memandang Camelia.
YOU ARE READING
Aster
Teen FictionNamanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya. ° Pertembungannya dengan pa...