Seorang kanak-kanak perempuan sedang berlari ke pagar sekolah. Tiba-tiba dia dihalang oleh sekumpulan kanak-kanak, terdiri daripada 7 orang lelaki dan seorang perempuan.
"Ish lepaslah, aku nak cepat ni!" bentak perempuan itu.
Qay, si ketua, mengeluarkan sepucuk surat dan satu coklat Cadbury Black Forest. Surat itu dibuka.
"Dear Qayyim, Lia minta maaf sebab Lia tak dapat nak beli hadiah mahal-mahal untuk abang. Abang Qayyim jangan marah tau. Abang Qayyim kan suka coklat ni? Lia beli untuk abang Qayyim khas sempena kita couple. Hahaha. Lia sayang abang Qayyim tau. Love you abang. Daripada, Lia yang comel,"
"Dani jumpa benda ni bawah meja kau. Kau suka aku eh?" tanya Qay.
Mata As membuntang mendengar ayat sindrom terlebih perasan lelaki itu. Terlompat lompat dia cuba mencapai kedua item tersebut.
"Bagilah balik. Tu untuk abang aku lah!" marah As.
"Tak payah tipu lah, terang-terang nama Qay kat situ," kata Hana.
"Ish betullah, nama abang aku Qayyim lah!" bentak As. Siapa nak bagi kat jantan kuat perasan tu, aku nak bagi abang aku, lagi bagus.
"Kan senang kalau kau ngaku je? Tak perlu lah nak nafikan lagi," kata Mus.
"Ish yelah, aku nak bagi kat Qay. Sekarang, bagi balik!" malas hendak bergaduh, dia akui sahaja perkara yang takkan dilakukan seumur hidupnya itu. Coklat itu cuba dirampas lagi.
"Kau fikir kau layak ke hah?"
"Sedar diri kau tu miskin,"
"Kau tak setaraf langsung dengan dia tau,"
"Budak miskin, hina taraf bawah tapak kaki kitorang je lah!"
"Pft hahahahaha, ganas tapi dalam hati ada taman!"
"Gedik juga eh budak gangster macam kau ni?"
"Tak setaraf, hina. You're just a bitch on the road,"Qay tersenyum sinis mendengar segala cemuhan yang dilemparkan kawan-kawannya. Rambut As ditarik manakala lutut As dipijak, dipaksa melutut.
"Aku suka perempuan yang gedik, manja. Bukan macam kau, ganas. You're not even my taste," kata Qay sinis.
Z mengambil beg As kemudian digoncangkan. Segala isi beg tersebut bertaburan.
"Tengok barang kau, semua barang pasar malam je! Petik jari kitorang boleh campak kau keluar sekolah! Bukan setakat buang sekolah, kau akan jadi makin miskin, mak ayah kau takkan ada kerja. And kau boleh dibuang negara. Layak ke sampah macam kau ni nak berdampingan dengan anak Dato'?" kata Qay.
As mengepal penumbuk. Tubuh Arul yang cuba memijak bingkai gambar kesayangannya ditolak kuat. Arul terjatuh, tapak tangannya tercalar.
As memeluk erat bingkai gambar itu. Adh yang melihat perkara itu terus merampas bingkai gambar itu.
"Kau nak frame ni?" tanya Adh. Bingkai gambar itu diangkat tinggi.
"Bagilah balik!" terlompat lompat As mencapai bingkai gambar tersebut.
"Nak? Pergi mati!" Bingkai gambar itu dihempas kuat ke lantai jalan tar.
Air mata As bergenang. Dia jatuh melutut. Dengan tangan yang terketar-ketar, dia kutip setiap serpihan kaca.
Bingkai gambar yang dah tak serupa bingkai itu dipeluk erat. Teresak-esak dia menangis. Kaca yang dikutip tadi digenggam.
"Hey As! Jangan genggam kaca tu! Nanti awak sakit!" tegah seorang perempuan yang baru sahaja tiba di situ.
"Hey! Kenapa korang buli As hah?!" marah si dia.
"Biarlah! Dia suka kat Qay! Dia fikir dia tu layak kat Qay?" balas Arul. Dahi si perempuan berkerut.
"Apahal As nak suka kat Qay pulak? Setahu aku--" kata-kata perempuan itu terhenti taktala mendengar esakan yang terbit dari bibir As
"Ha... Hadiah... Hadiah abang... Hadiah abang Qay," rengek As. Dahi Qay berkerut.
"Hoi kau berangan apa hah?! Aku tak pernah hadiahkan kau benda cikai ni!" tengking Qay.
"Hadiah abang," As menangis lagi. Tangan yang dilumuri darah mengesat air mata yang mengalir.
"AKU BENCI KORANG! SAMPAI MATI PUN AKU TAKKAN MAAFKAN KORANG! AKU AKAN PASTIKAN KORANG HIDUP DALAM PENYESALAN!"
As menjerit, meluahkan rasa yang terbuku di hati.
Semua orang yang ada di situ tersentak. As berlari melintas jalan.
"LIA!"
"ABANG!"
BAM!
Vote and comment!
YOU ARE READING
Aster
Teen FictionNamanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya. ° Pertembungannya dengan pa...