"Aku dah lama tak puas hati dengan kau!"
"Kenapa?" tanya si perempuan bertudung kepada kawannya yang memakai kaca mata.
"Kau tanya aku kenapa? Semua acara kau bolot juara! Sampai aku langsung tak ada peluang nak menang acara melukis! Semua salah kau! Mak ayah aku abaikan aku!" ujar si kaca mata.
Dahi perempuan bertudung itu berkerut.
"Bukan aku yang suruh mak ayah kau abaikan kau. Apahal salah aku pulak? Aku menang sebab tu rezeki aku," katanya.
"Hahahahaha," dia tergelak, membuatkan bulu romanya menegak.
"Tangan dengan kaki tu... Kalau patah, mesti kau tak boleh masuk apa-apa acara kan lepas ni?" si kaca mata menyeringai.
"Kau nak apa hah?" Dia mengundur taktala kawannya mendekati.
BAM!
.
.
.
"Doktor, macam mana dengan anak kami?" tanya seorang lelaki dewasa.
"Dia jatuh tangga ya?" tanya doktor. Pasangan suami isteri itu mengangguk.
"Tulang tangannya patah, perlu disimen. Tulang jarinya juga patah. Dan kaki dia semakin teruk. Saya andaikan, dia tidak boleh bermain sukan selepas ini, walaupun kaki dia sudah pulih," ujar doktor.
Perempuan bertudung yang terbaring di atas katil itu tergamam. Si ibu memeluk tubuh anaknya, menyalurkan semangat buatnya.
"Mummy... Lia salah dengar kan?" tanya dia.
"Sabar sayang," ujar si ibu.
Dia menolak ibunya jauh.
"Lia tak boleh main basket dah lepas ni. Lia dah tak boleh nak join abang main. Tangan Lia dah tak berguna. Jari Lia patah. Macam mana Lia nak melukis? Nak main basket?" ujarnya. Si ibu mengalirkan air mata.
"Lia benci! Benci! Lia benci dorang semua! Semua boleh pergi mati!" amuknya. Semua barang di sekelilingnya dibaling.
Doktor mengarahkan jururawat supaya menyuntik ubat penenang buatnya.
"Lia takkan maafkan dorang..." ujarnya lemah sebelum pengsan.
"Argh!" Camelia terjaga daripada pengsannya.
"Akak? Akak okay tak?" tanya Lily kalut. Camelia memegang kepalanya yang terasa berpusing-pusing. Dia memerhati sekelilingnya. Bilik 4-12 aspuri.
"Macam mana I boleh ada kat sini?" tanya Camelia. Dia memicit kepalanya.
"Emm, abang Naim kata akak pengsan kat gelanggang tadi. Akak okay tak?" tanya Lily sekali lagi.
"I okay je. Siapa yang bawa I?" tanya Camelia.
"Kak Insyi," jawab Lily. Di sebelahnya, berdiri seorang Zu yang memandang menyampah.
"Apahal kau care sangat 'kakak' Camelia ni? Dahlah haritu buli orang, boleh pulak terlepas dari hukuman," ujar Zu menyampah.
"Zu," Lexa memanggil Zu, tanda amaran supaya jangan mencetuskan pergaduhan.
Warah sibuk membaca bukunya, manakala Mel pula tiada di dalam bilik. Terlibat dengan kelab badminton.
"Zu, janganlah cakap macam tu," tegur Lily.
"Kenapa kau backup dia?" tanya Zu tidak suka. Nak buat macam mana, sikap protective terhadap sepupunya itu memang sukar dibuang.
Ya, ya. Lupa nak cakap kat bab sebelum ni. Lily dengan Zu ni sepupu. Jangan marah.
Camelia malas hendak menyelit dalam pergaduhan itu. Apa guna dia pertahankan diri? Dia tidak ambil kisah, kutuklah dia macam mana sekalipun, apa yang dia tahu dia buat benda yang halal, dan tak menyusahkan orang lain.
Dia mengerling ke jam dinding. Membulat matanya ketika melihat jarum jam menunjuk angka 7 malam.
Terus dia melangkah masuk ke bilik air. Sekadar mandi ala kadar, kemudiannya dia menyarung T-shirt muslimah ke tubuhnya. Rambut yang tidak dibasahkan diikat ponytail, rambut hadapan dilebihkan supaya menutup dahi sebelah kanannya.
Camelia melangkah keluar daripada tandas, dipandang seluruh ahli biliknya dan Mel yang baru pulang dari latihan.
Segala barang keperluan dimasukkan ke dalam begnya. Tidak dilupakan telefonnya. Terbeliak mata ahli biliknya melihat Camelia yang selamba menunjuk di hadapan mereka.
Lily tersenyum. Dia mencuit bahu Camelia. Camelia menoleh. Lily menghulurkan bedak kepada Camelia. Kening Camelia terangkat.
"Nah, tutup kesan lebam tu. Macam mana nak kerja nanti, mesti ramai yang tanya akak kenapa lebam," kata Lily. Camelia tersenyum nipis sebelum menyambut huluran Lily. Bedak diratakan ke sekeliling mata kirinya.
"Terima kasih," ujar Camelia, mengejutkan yang lain. Manakala Lily tersenyum ceria.
"Sama-sama!" jawab Lily.
Camelia memakai kasut sukannya.
"Nanti you tolong cover I tau," ujar Camelia.
Selain Tengku Muazzam, Lily turut membantu Camelia ponteng tanpa dijejak. Masuk kali ini, sudah berapa kali Lily membantu Camelia ponteng.
Langkah Camelia dipandang rakan sebiliknya. Kemudian mata mereka beralih kepada Lily.
"Kau tolong dia ponteng?" tanya Mel pelik. Lily mengangguk cuma.
"Kenapa kau tolong dia sedangkan dia buat kau trauma balik haritu?" tanya Zu tidak berpuas hati.
"Zu, janganlah cakap macam tu," tegur Lily.
"Then, jawablah! Kenapa kau backup sangat dia?!" tanpa sedar, dia telah menaikkan oktaf suaranya kepada Lily, si gadis lemah lembut.
Lily tersentak. Tubir matanya mula bergenang. Kalut Lexa dan Warah memujuk Lily.
"Mana awak semua haritu? Awak semua ada hal nak buat! Warah lepak kat perpustakaan, Lexa makan kat kantin, Mel ada training, awak pun sama! Saya jalan sorang-sorang waktu tu! Apa awak fikir masa tu? Arif, childhood kita tu, buli saya, dia buat saya trauma semula! Masatu awak semua tak ada. Kak Camelia yang tolong saya! Memang cara dia kasar, dia nampak gedik, tapi hati dia baik. Dia langsung tak marahkan saya bila saya tak dapat nak backup dia waktu dia kena denda cuci tandas! Dia yang nasihatkan saya, sebab tu harini saya boleh hidup macam biasa walaupun awak semua tak dapat nak teman saya! Tapi awak semua terus marah dia melulu. Dia pun ada perasaan jugak," Lily menengking semula, suaranya semakin lama semakin kendur.
Tersentak mereka semua dibuatnya.
"Dahlah, saya nak pergi masjid dulu. Saya tak pergi makan, saya puasa," ujar Lily, meninggalkan mereka berempat, sunyi.
Vote and comment!
YOU ARE READING
Aster
أدب المراهقينNamanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya. ° Pertembungannya dengan pa...