7 1

816 127 55
                                    

Camelia mengangguk faham mendengar penerangan Dayyan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Camelia mengangguk faham mendengar penerangan Dayyan. Dia mengerling ke arah Qairel yang masih menangis...

Kerana diselubungi rasa serba salah terhadap amanah arwah yang tidak dilaksanakan sebelum ini dan rasa kesal dengan sikap ayah kandungnya yang lebih teruk daripada apa yang disangkanya.

"Kenapa dia menangis teruk sangat?" tanya Camelia sambil menuding ke arah Qairel.

"Err, dia serba salah sebab tak tahu pasal kau lagi awal, tu je," ujar Dayyan sebelum menarik Qairel ke sisinya.

"Sshh, dia tak tahu lagi pasal Qayyim, nanti dia syak benda bukan bukan pulak," pesan Dayyan. Qayyim mengangguk faham, namun air matanya masih mengalir.

Camelia mengeluh perlahan.

"Abang,"

Baik Qairel mahupun Dayyan, kedua-duanya tersentak. Mereka memandang Camelia terkejut.

"Apa? Salah ke I nak panggil abang I, abang?" tanya Camelia selamba.

Dia berjalan mendekati Qairel. Sisa air mata di pipi Qairel diseka.

"Malulah I ada abang kuat menangis ni. Qael adik kita tu pun tak kuat menangis tau," ujar Camelia sambil tersenyum biarpun tidak kelihatan.

Abang tak buat apa-apa salah pun. Bukan salah abang tak tahu tentang Lia dan Qael. Bukan salah abang tentang apa yang jadi pada kitorang selama ni. Kitorang tak pernah salahkan abang. Jadi, stop salahkan diri sendiri, stop menangis, stop minta maaf. Okay?" pujuk Camelia. Qairel mengangguk seperti kanak-kanak polos.

Camelia ketawa kecil sebelum tubuh Qairel dipeluk erat.

Qairel tersentak sebelum dia membalas kembali pelukan tersebut.

"Lia rasa Lia rindu abang," bisik Camelia perlahan.

Air mata Dayyan menitis melihat mereka berdua. Alangkah indahnya jikalau Qayyim masih bersama mereka.

"Boss!!" jeritan seseorang mengejutkan mereka bertiga. Pantas mereka menoleh.

Kelihatan Kak Awa dan Kak Jiha mempamerkan riak wajah terkejut.

"Kenapa dengan y'alls ni?" tanya Camelia pelik.

"Ya Allah boss! Sampai hati boss curang dengan encik Dayyan?! Depan mata dia pulak tu?!" kata Kak Awa terkejut.

Dayyan ternganga. Begitu juga dengan Qairel. Camelia pula menepuk dahi kesal.

"Kak Awa. You salah fah--"

"Encik Dayyan tu dah cukup sempurna tau Boss! Kenapa boss tetap curang? Saya tengok encik Dayyan tu seribu kali lagi hensem dengan boyfriend baru boss tu," celah Kak Jiha pula.

Dayyan, Qairel dan Camelia saling berpandangan sebelum serentak menghamburkan tawa.

Nasib baiklah pelanggan tidak ramai, kalau tidak...

AsterWhere stories live. Discover now