6 9

743 101 62
                                    

Camelia melangkah masuk ke dalam cafe miliknya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Camelia melangkah masuk ke dalam cafe miliknya. Kak Awa terus menerpa ke arahnya.

"Minta ma-- Eh Camelia? Sejak bila pakai tudung?" tanya Kak Awa pelik.

"Baru je," jawab Camelia ringkas. Kak Awa mengangguk sebelum tersedar.

"Minta maaf sangat-sangat Camelia sebab minta Camelia datang waktu sekolah," Camelia menggeleng menandakan tiada apa-apa.

"Siapa yang nak jumpa I tu?" tanya Camelia terus ke sebab utama dia munculkan diri.

"Dia ada dekat meja hujung, Dayyan tengah tenangkan dia," jari Kak Awa menunjuk ke arah meja yang terletak di kawasan paling tersorok.

Dia mendekati meja tersebut.

"Dayyan," panggil Camelia. Dayyan menoleh. Dia terdiam melihat penampilan Camelia.

"Dayyan? Hello," tangannya dilambai di hadapan wajah Dayyan.

"Eh, sejak bila kau pakai tudung ni?" tanya Dayyan terkejut.

"Hmm? Baru je hari ni," jawab Camelia. 

"Arhh!" Dayyan menjerit namun cepat sahaja Camelia menghalang.

"You kenapa nak jerit kat kedai I ni?" tanya Camelia pelik.

"Huwaa wife to be aku cantik sangat! Weh bertuahnya aku!" Dayyan ber'fanboy' sendirian.

Hampir ternganga Camelia dibuatnya. Dahi ditepuk kesal.

"Siapa yang nak jumpa I tu?" tanya Camelia. Dia kerling ke arah seorang lelaki yang terlelap dengan kepala disembamkan ke meja.

"Oh, kejap," Dayyan berlalu ke arah lelaki itu.

"Qairel, bangun. Camelia dah datang," Dayyan mengejut Qairel. Dahi Camelia berkerut mendengar nama itu. 

Bukan Qairel kawannya Dayyan ke? Ada apa urusan Qairel dengannya?

"Ha?" Qairel menggosok matanya mamai. Dayyan menepuk dahinya. Qairel bila bangun tidur memang blur nak mati. Dah lupa lah tu apa yang dia buat sampai hampir rosakkan cafe Camelia ni, semata-mata nak jumpa Camelia..

"Camelia dah sampai. Kau kata nak jumpa dia kan?" instead of meluku kepala Qairel seperti yang selalu dilakukannya, Dayyan hanya berkata dengan lembut.

"Ha?!" terus segar Qairel dibuatnya. Dia memandang Camelia buat seketika sebelum meluru memeluk Camelia.

"Huwaaaaaaa! Teruknya aku! Maafkan aku Camelia! Maafkan aku!" raung Qairel sekuat-kuatnya.

Terkejut Camelia dibuatnya. Dia cuba merungkaikan pelukan Qairel.

Namun di sebalik ketidakselesaannya, dia bahkan rasa disayangi seseorang yang penting.

'When the times come, I'm sorry if I'm no longer there with you. But he will take care of you,' 

Satu bisikan menerpa dirinya. Kepalanya terasa sedikit pening.

AsterWhere stories live. Discover now