7 5

828 103 34
                                    

Sesat

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sesat. Seorang diri. Tanpa sesiapa. Tidak berpenghujung.

Camelia memandang sekelilingnya. Kini dirinya berada di sebuah ruangan yang tidak berpenghujung. Bahkan lantai yang dipijaknya juga buatkan dia ragu-ragu sama ada dia sedang  berpijak mahupun berada di awangan.

Seseorang muncul secara tiba-tiba dan memeluknya juga secara tiba-tiba.

"Kau... Kau siapa? Lepaskan akulah!" meronta-ronta Camelia cuba melepaskan dirinya.

"Abang rindu Camelia," ucapan itu membuatkan tubuh Camelia terkaku. Otaknya seolah-olah tidak mahu berfungsi. Tubuh yang tadinya meronta-ronta kini hanya membiarkan sahaja.

"Abang?" perlahan suara Camelia mempersoalkan identiti lelaki yang memeluknya itu. Lelaki itu meleraikan pelukan, lantas tangannya menarik lembut wajah Camelia mendekatinya. Dahi Camelia dicium lama.

"Jangan paksa diri Camelia untuk lupa apa yang sepatutnya Camelia ingat, sayang," pesan lelaki itu lembut. Namun pada Camelia, suara itu seolah-olah menghentam tubuhnya ke dasar realiti.

"Camelia..."

.

.

.

Seorang kanak-kanak perempuan pulang ke rumah dengan tubuh badannya dipenuhi luka. Seorang lelaki menyambutnya di pintu.

"Lia? Kenapa badan luka-luka ni? Dengan tudung serabainya, kena buli eh?" tanya lelaki itu. Lia tersengih hambar. 

"Lia okay jelah. Sikit je ni," jawan Lia selamba. Si abang menarik tangan Lia lalu menyuruhnya duduk di sofa.

"Sikit apanya macam ni? Hesh, bagitahu abang, siapa buli Lia? Biar abang buli dorang semula," kata si abang. Lia tergelak kecil.

"Dah, jangan risaulah abang. Baik abang tolong Lia cuci luka ni," kata Lia sambil bibirnya menjuih ke arah lengannya yang dipenuhi calar.

"Budak-budak tu kan. Suka hati je nak buli adik aku. Campak masuk longkang, lepastu tuang simen. Biar mati terus, menyakitkan adik aku je kerjanya," omel si abang, geram. Adiknya pun satu hal. Suruh lapor pada guru, dia kata tak mahu. Baik sangat.

"Tak payah nak mengomel sangat lah abang, nampak macam nenek tua," ejek Lia.

"Siapa nenek sekarang ni? Lia ke abang?" tangan Lia yang terluka sengaja ditarik kasar.

"Aduh! Slow-slow lah sikit! Tak gentle lah abang ni, patut tak ada siapa yang nak," omel Lia.

"Hey hey, abang kau ni, berebut perempuan kat sekolah abang tu nak tau. Abang je tak layan dorang," kata si abang bangga.

"Yelah tu, acah je lebih," komen Lia, acah-acah tidak mahu percaya. 

Macam mana dia boleh percaya sahaja kata-kata abangnya itu? Mudah, setiap kali mereka keluar berdua, ada sahaja mata-mata yang melekat pada abangnya. Ada sahaja yang minta bergambar dengannya. Ada sahaja yangdatang menggedik membuatkan kedua-dua mereka tidak selesa. 

AsterWhere stories live. Discover now