4 6

849 106 37
                                    

Ivy bersorak puas

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Ivy bersorak puas. Manakala Camelia mengeluh lega apabila Ivy akhirnya melepaskan jua lengannya setelah beberapa jam ditarik ke sana sini.

"Dah kan? Jomlah balik," ajak Naim.

"Weh Lia, aku tak boleh hantar kau. Aku nak pergi tempat lain dulu," kata Qawwam.

"Huh, siapa nak hantar I balik?" tanya Camelia. Dia memandang Ivy.

Ivy mendekati Naim.

"Aku dengan Naim ada family matters, sorry," ucap Ivy serba salah.

"Aku kena balik awal. Adik aku nanti merajuk susah nak pujuk," ujar Hafiz.

"Daddy aku suruh balik pejabat. So, nope," jawab Niel.

"Aha, aku boleh je hantar kau. Sekarang pukul bera-- Eh aku ada dating dengan Insyi!" Ridh segera menghilangkan diri.

"Tinggal Qin dengan Aqlan je sekarang ni," simpul Naim.

"Aku boleh je nak han--" kata-kata Aqlan dipotong deringan telefonnya.

"Jap eh," Aqlan mengangkat panggilan tersebut. Setelah beberapa minit, dia memutuskan panggilan.

"Er sorry. Aku tak boleh hantar kau. Ada problem. Aku pergi dulu," Aqlan pamit diri.

Tinggal Rizqin Huzayr sahaja.

"Jom, aku hantar kau," terus Qin menarik beg Camelia, menyebabkan Camelia terdorong sekali mengikut langkah Qin.

"Bye sweet couple!" Ivy melambai. Sengaja mengejek.

Camelia sempat menjeling Ivy.

"QA--"

"SHUT UP CAMELIA ASTER!" Ivy menjerit daripada jauh. Camelia tergelak.

Camelia masuk ke tempat duduk di sebelah pemandu.

"Qin,"

"Lia,"

Panggil mereka serentak. Masing-masing terdiam.

"Erm, kau cakaplah dulu," kata Qin.

Camelia berdehem sejenak.

"Thanks for today. Y'alls buat I rasa... happy walaupun sekejap. Thank you," ucap Camelia ikhlas.

Qin terpana. Wajah Camelia dikerling.

"Uhm, welcome," jawab Qin.

"You nak cakap apa tadi?" tanya Camelia.

"Oh-uh, nothing," Qin mengelak.

Camelia sekadar mengangkat bahu, mengendahkan Qin.

"Betul ke jalan ni?" tanya Qin was was. 

"Hmm," Camelia mengangguk.

"Weh betul ke jalan ni? Takkan jalan pergi rumah kau masuk hutan?" tanya Qin lagi.

AsterWhere stories live. Discover now