2 9

892 100 14
                                    

Camelia sekadar memerhatikan pemain bola keranjang memanaskan badan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Camelia sekadar memerhatikan pemain bola keranjang memanaskan badan. Tentang ubatnya pula, dia sudah bertanyakan kepada Naim, namun lelaki itu turut tidak mengetahui. Naim kata dia telah meletakkan ubat miliknya ke dalam begnya semula.

Ridh dari jauh mencuri pandang ke arah Camelia. Masih terngiang di kepalanya tentang permintaan ibunya hujung minggu yang lalu.

"Tolong... Jangan terlalu rapat dengan dia. Dan... Jangan biar sesiapapun buli dia,"

Ridh mengusir jauh suara ibunya. Entahlah, malas nak fikirkannya.

Camelia memandang wajah mereka semua. Matanya terhenti saat melihat wajah Nawaf. Camelia memejam matanya saat kepalanya terasa berpusing-pusing.

"Terima kasih kak As sebab tolong Nawaf tadi. Kalau tak mesti lagi teruk Nawaf kena buli tadi,"

"Kau nak aku ajar kau main basket tak? Lagipun aku rasa kau ni berbakat," 

"Lain kali kau jangan main macam tadi. We're a team!"

"Terima kasih coach!"

"Hahahahaha, memandai kau je panggil aku coach. Aku still pelajar tau, baru umur 10 tahun,"

Mata Camelia terkelip-kelip menghadam ulang tayang sebentar tadi.

"Macam mana I boleh terlibat dengan semua ni? Ivy... I need you," keluh Camelia. Wajah disembamkan di antara kedua lututnya.

"Okay guys, take five!" laung Niel sebagai ketua. Mereka duduk berehat secara berkelompok mengikut tingkatan masing-masing.

"Weyh," Hafiz menumbuk perlahan bahu Ridh.

"Ha?" Ridh terpinga-pinga.

"Kau dari tadi usyar Camelia? Asal? Suka ke?" tanya Aqlan.

"Hell no! Gila nak suka perempuan bermasalah macam dia tu," nafi Ridh sekeras-kerasnya. Boys tergelak kecuali Qawwam. Dia seakan berada dalam dunianya sendiri.

"Why tho kau ni Adh? Macam bermasalah je muka kau tu?" tanya Qin. Qawwam tersedar dari lamunannya. Wajah Camelia di tempat duduk penonton dikerling sekilas.

"Korang tak rasa ke... Camelia just like the girl we search since 4 years ago?" tanya Qawwam perlahan.

"Yang mana eh?" tanya Naim sambil menggaru keningnya.

"Ingat tak malam amal, yang kita ikut Isya dengan pengetua bagi makan kat gelandangan?" tanya Qawwam. Mereka mengangguk tanda mengingatinya.

"Then ada sorang girl yang kusut masai berlari dari someone keluar daripada club malam area situ," ujar Qawwam lagi.

Boys tidak menang tangan mengagihkan makanan dan air kepada gelandangan sempena malam amal yang dianjurkan pengetua sekolah mereka.

Qawwam dan Niel yang keletihan duduk sebentar bersama sekumpulan kanak-kanak yang makan bersama. Mereka sekadar meneguk air mineral bagi menghilangkan rasa haus yang bertandang.

AsterWhere stories live. Discover now