Qin menunggu Syasya di bangku taman perumahannya.
Semua ni kerana aturan keluarganya. Kalau boleh nak je dia lari. Tapi macam dia tak kenal Boys tu, selalu sangat gagalkan dia.
Pernah jugaklah sekali tu, dia pura-pura demam sebab nak balik rumah. Biasalah awal-awal masuk asrama, gedik homesick macam tu. Mak ayah dia dah percaya dah kat dia waktu tu, tapi Boys pergi kantoikan. Bila tanya kenapa kantoikan dia;
"Woah, kata member, apahal kau sorang je dapat cuti 'sakit'. Cuti sama-sama lah weh,"
"Peraturan sekolah,"
"Ehehehe, aku nak buli kau je,"
"Saje,"
"Aqlan kata nak belanja coklat kalau aku kantoikan kau,"
"Nak berlatihlah! Kau dah janji nak teman aku main basket petang ni,"
End up dia kena marah dengan parents dia. Hampeh punya member. Paling tak boleh terima Hafiz dengan Niel lah. Pandai-pandai lah teka mana satu Hafiz dengan Niel punya alasan kantoikan dia. Ha nak teka semua pun takpe.
"Weh sorry lambat!" Syasya berhenti di hadapan Qin. Tercungap-cungap dia mencari nafas, penat berlari.
"Tak apa, duduklah," kata Qin. Dia berganjak sedikit, memberi ruang kepada gadis bertudung itu untuk duduk.
"Ah thanks!" ucap Syasya.
Diam. Tiada apa yang mahu dibualkan. Apatah lagi pertemuan mereka diatur orang dewasa tanpa rela.
Tiba-tiba Qin teringat sesuatu yang hendak ditanyakan kepada Syasya.
"Oh ya, sejak bila kau kenal Camelia?" tanya Qin. Syasya tersentak.
"Ahaha, pasal tu ya? Erm macam mana eh nak cakap?" Syasya bermain dengan jarinya.
"Pasal tu, sebenarnya aku dibesarkan kat kampung. Dengan nenek aku, sebab mak ayah aku kan busy sangat dengan kerjanya. Kiranya aku lagi rapat dengan nenek aku berbanding parents aku sendiri. Tiba-tiba satu haritu, they showed up and wanted to take me back to city, live with them. So aku memberontaklah. Ya ya aku tahu aku tak matang. Tak silap aku masa tu kita umur 13 tahun. Dalam pertengahan nak dekat akhir tahun kot," cerita Syasya. Qin tekun mendengar.
"So, bila aku memberontak, aku mogok, tak makan, tak keluar bilik, tak bercakap. Yeah, nampak sangat mengada. Sampai satu malam tu, aku terdengar. Eh aku ulang, terdengar bukannya curi dengar!" Syasya menegaskan ayatnya taktala Qin memandangnya dengan pandangan tidak percaya.
"Ya ke?" tanya Qin sambil matanya memincing ke arah Syasya.
"Ish betullah! Mak ayah aku borak, cakap pasal nenek sakit. Dorang nak balik, tapi tak ada masa. Yalah, masa aku kena tinggal kat kampung dulu pun setahun sekali je dorang jenguk, sebab raya. Itupun tak pernah cecah seminggu. Selalunya tiga empat hari je. Pernah jugak pagi dorang datang, petang balik. Aku risaukan nenek aku, sebab tak ada siapa nak jaga. Yelah, dulu aku je yang tinggal dengan dia,"
YOU ARE READING
Aster
Teen FictionNamanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya. ° Pertembungannya dengan pa...