0 9

950 107 19
                                    

Camelia menghadap Hafiz dan cikgu Amri sekali lagi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Camelia menghadap Hafiz dan cikgu Amri sekali lagi. Tetapi, kali ini si ketua pengawas turut menyertai mereka.

"Qawwam, kau handle ah perempuan ni. Sakit kepala aku fikir masalah dia," ujar Hafiz kepada kawannya si ketua pengawas itu.

"Apa yang dia dah buat?" tanya Qawwam sambil membelek biodata pelajar milik Camelia.

Gambar pelajar : Tiada
Nama penuh : Camelia Aster binti Dato' Firdaus
Umur : 17 tahun
Kelas : 5 Mirfak
Tempat tinggal : Tidak dinyatakan
Tarikh lahir : Tidak dinyatakan
Rekod kesihatan : Tidak dinyatakan

Nama bapa : Dato' Firdaus bin Khalif
Pekerjaan : Tidak dinyatakan
Umur : 41 tahun

Nama ibu : Tengku Diana binti Tengku Mahmud
Pekerjaan : Tiada
Umur : 38 tahun

Bil. adik-beradik : 2

Nama : Azka Syafie 
Umur : 21
Status : Bekerja
Pekerjaan : Staf syarikat

"Kenapa biodata pelajar kau tak lengkap?" tanya Qawwam tanpa menghiraukan apa yang Hafiz beritahu tentang kesalahan Camelia.

"Kisah pula you kalau biodata I tak cukup," Camelia memeluk tubuh. Nasib baik bilik disiplin ni sejuk. Kalau tak dah lama dia blah. Lagipun wajah Qawwam sedap juga nak dibuat barang untuk mencuci mata.

"Macam mana kau boleh masuk sekolah ni kalau biodata tak lengkap?" tanya Qawwam pelik.

"Uhm, manalah I tahu. Parents I yang daftarkan I masuk sekolah ni. Tanyalah parents I," tipu Camelia. Padahal semua itu kerjaan dia. Dia yang padam semua maklumat dia. Dia tahu maklumat tu tak penting pun, tapi apa dia kisah? Baik padam sebelum ada benda buruk jadi.

"Cikgu dah tak tahu nak cakap apa. Kamu masih baru masuk ke sekolah ni, tapi gaya macam dah lama!" rungut cikgu Amri.

"So, jangan buat apa-apa," jawab Camelia sambil menyilangkan kaki. Malas betul jawab soalan sama setiap hari.

"Cikgu terpaksa telefon ibubapa kamu datang ke sekolah," ujar cikgu Amri membuatkan Camelia tergamam.

"What? Why?" tanya Camelia terkejut.

"Sebab nasihat kau tak ada guna pun! Biar parents kau uruskan kau je senang!" hambur Hafiz.

Camelia melutut di hadapan cikgu Amri. Tergamam semua orang di dalam bilik disiplin itu.

"Cikgu, I merayu sangat-sangat. Jangan call parents I. Cikgu denda je lah I apa-apa pun, I buat. Tapi jangan call parents I," rayu Camelia bersungguh-sungguh.

"Kalau macam tu, janji jangan buat masalah lagi," kata cikgu Amri setelah tersedar.

Camelia mengangguk laju. Di sebalik topeng Camelia tersenyum sinis. Angguk je pun, bukannya dia lafaz janji pun. Boleh buat masalah lagi kan?

"Denda kamu, bersihkan padang sekolah. Semua," ujar Hafiz. Camelia mengangguk perlahan, acah pasrah lemah.

Dia melangkah keluar dari bilik disiplin dengan langkah longlai. Sebaik sahaja pintu ditutup, dia menjerit kecil.

"Ish! Penatlah! Ingat I hadap sangat ke nak buat masalah?! Pft, lawak sial dorang tu. Nasib baik I tak nak kantoi dengan dua orang celaka tu, kalau tak memang taklah I nak buat denda semua tu! Menyusahkan!" 

 Nasib baik I tak nak kantoi dengan dua orang celaka tu, kalau tak memang taklah I nak buat denda semua tu! Menyusahkan!" 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Camelia mengutip sampah yang ada di padang. Harap je carta atas sekolah terbaik, ni mesti kes bila ada pelawat, terus semua pelajar rajin nak kutip sampah. Kalau tak, haprak!

Camelia mengesat peluh yang mengalir di dahinya. Dia menyentuh dahi belah kanannya. Camelia menggigit bibir. Segala bisikan kedengaran, seolah-olah dia bukanlah bersendirian tika itu.

"No, no. Benda semua tu cuma ilusi. It's not real. Please, stop it," Camelia menggeleng laju.

"Benda tu dah lama berlalu. You're free now, Camelia Aster. Nothing need to be worried," Camelia memujuk diri sendiri. Dia membuka matanya, melilau ke sekeliling, mencari sesuatu untuk mengalihkan perhatiannya.

Matanya menangkap satu bola keranjang yang tersadai di tepi gelanggang. Terus bola itu diambil lalu Camelia dribble bola itu, menyesuaikan tangannya.

Dari hujung gelanggang, dia berlari ke kawasan berlawanan, lalu bola itu diaimkan sebelum dibaling masuk ke ring.

Camelia yang berasa tidak berpuas hati menyambut bola tersebut lalu mengundur beberapa langkah. Kakinya kini di dalam kawasan shoot 3 pointer. Bola dibaling sekali lagi dan masuk.

Baru sahaja dia hendak menyambut bola tersebut, satu pemilik tangan yang muncul entah daripada mana merampas bola itu. 

Camelia yang berasa bengang apabila sesi pemulihannya diganggu terus menampar bola yang berada di tangan lelaki itu menyebabkan pegangan bola itu terlepas. Bola yang melantun ke belakang diambil Camelia sebelum dia menjatuhkan bola itu ke lantai gelanggang. Bola itu didribble untuk menstabilkan dirinya.

"Wow, pandai jugak kau eh," puji lelaki itu lalu berlari mendekati Camelia. Mereka berlawan selama 20 minit tanpa henti. 

"Huh...huh...huh..." tercungap-cungap mereka mencari nafas. Camelia pula mengurut kakinya yang terasa sakit.

"Kaki kau okay tak?" tanya lelaki itu prihatin.

"Nampak macam kaki I ni tak okay ke?" tanya Camelia jengkel.

Lelaki itu memandang wajah Camelia. Kemudian dia mengangkat bahu.

"Kind of. Mana tahu patah ke," kata lelaki itu selamba.

"Nama aku, Daniel Danish. Panggil aku Niel," ujar Niel, memperkenalkan diri.

"I tak tanya y--" telinga Camelia berdesing. Kepalanya berat.

"Aku dah lama adore kau main basket,"

"Nama aku Daniel Danish. Nama kau apa?"

"Kaki awak patah. Mungkin akan ambil masa berbulan-bulan untuk sembuh,"

"Cikgu terpaksa buang kamu dari kelab basket,"

Terkelip-kelip Camelia. Tercungap-cungap dia mencari nafas. Waktu macam nilah sakitnya kembali! Sudahlah ubatnya berada di bilik! Tak guna!

"Kau okay tak?" tanya Niel gelabah. Tangan Niel ditepis kasar.

"I okay. Mind your own business," ujar Camelia sebelum meninggalkan padang sekolah yang tersangatlah luas itu.

Niel terpinga-pinga apabila ditinggalkan. Dia memandang sekeliling, kelihatan seluruh padang itu bersih dari sebarang sampah. Kemudian dia terpandangkan plastik hitam yang penuh dengan sampah sarap.

"Dia kutip sampah ke tadi? Tak kut," Niel meninggalkan tempat itu. 

Tanpa disedari mereka, seseorang memerhati mereka sedari tadi tersenyum sinis.


AsterWhere stories live. Discover now