E P I L O G

523 43 6
                                    

Beberapa Hari selepas itu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Beberapa Hari selepas itu...

Qael memandang kosong lantai yang dipijaknya. Segala apa yang diperkatakan orang di sekelilingnya tidak diambil peduli. Hanya saat-saat terakhir bersama Camelia sahaja yang berputar dalam fikirannya.



"Camelia Aster sentiasa sayangkan Qael Aryan,"

"Untuk Qael, semua boleh,"

"Comelnya adik kakak ni!"

"Dengan izin Allah, selagi mana hayat masih dikandung badan, selagi itu diri ini tetap menemani Qael tanpa rasa jemu,"

"Okay okay. Akak kena culik eh? Qael nak tolong selamatkan akak tak?"

"Bunga tu cantik sangat Qael. Terima kasih Qael, kakak pun sayang Qael,"

"So, little Aryan, awak kena jaga tuan putera Qael sepenuh hati awak, jagakan dia bagi pihak puteri Camelia,"

"Terima kasih Qael, untuk semuanya,"

"Qael, akak sayang Qael sangat-sangat. Jangan lupakan akak tau,"



"Qael, jom balik," panggil Mikhael.

Qael mengangkat wajahnya. Jelas matanya yang masih merah akibat menangis berlebihan.

Qael diam sebentar. Dia melihat sekelilingnya mencari kelibat seseorang sebelum berjalan perlahan munuju ke arah Ivy. Hujung lengan baju Ivy ditarik lembut.

"Kak Ivy. Qael nak tinggal dengan kak Ivy dulu, boleh?" tanya Qael tiba-tiba mengejutkan yang lain.

Ivy yang tersedar dari kejutan tersenyum nipis.

"Boleh, kita ambil barang kat rumah Qael dulu ya?" kata Ivy lembut. Tubuh Qael didukungnya. Qael sedikitpun tidak membantah.

Kereta yang dipandu Tengku Muazzam bergerak cermat di atas jalan raya. Suasana sunyi menyelubungi mereka bertiga.

Tengku Muazzam yang diam tidak bersuara, Ivy yang hanyut dalam buaian memorinya dan Qael yang hanya bermain dengan little Aryan.

"Kak Ivy..." panggil Qael perlahan, hampir tidak kedengaran suaranya. Ivy menoleh.

"Ya Qael?" sahut Ivy.

"Kenapa kak Lia tinggalkan Qael? Kakak dah tak sayangkan Qael ke?" tanya Qael, berbisik. Ivy terpaksa mengetap bibirnya bagi menahan diri daripada teresak di hadapan Qael.

"Apa cakap macam tu? Kak Lia sayangkan Qael tau. Dia sayang Qael sangat-sangat," celah Tengku Muazzam yang berada di tempat duduk pemandu.

"Kalau dia sayang Qael, kenapa dia pergi? Kak Lia pergi mana?" tanya Qael lagi.

"Kak Lia sekarang tengah berehat, sebab dia penat sangat. Satu hari nanti, Qael akan jumpa dia semula, percayalah. Dia sentiasa tunggu Qael," ucap Tengku Muazzam.

Qael mendiamkan diri selepas itu. Dia termenung ke luar tingkap.


'Kakak, tunggu Qael tau. Nanti Qael datang jumpa kakak,'


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Beberapa tahun kemudian

Seorang remaja lelaki masuk ke kawasan tanah perkuburan. Destinasinya dituju.

"Assalamualaikum kakak," ucapnya sebelum duduk di sisi kubur. 

Camelia Aster binti Mikhael Afnan

"Maaf kakak, dah lama Qael tak lawat akak. Sibuk sangat dengan sekolah, banyak program pula dibuatnya," ujar Qael, tergelak kecil.

"Kakak, Qael rindu sangat dengan akak. Tadi, kak Ivy ada bagitahu Qael, yang akak bagi pengurusan kafe akak dengan rumah akak sepenuhnya pada Qael bila Qael umur 17 tahun. Terima kasih akak, akak sampai tu pun fikir pasal Qael,"

Lama dia berceloteh, bercerita dengan harapan Camelia mendengarnya.

"Okaylah kak, Qael nak kena balik dah ni. Nak kena kemas rumah. Oh, Qael dah pindah rumah, tak selesalah nak tinggal dengan kak Ivy. Dia pun dah kahwin dengan abang Rel. Rasa macam menggangu dorang pulak kalau Qael stay dengan dorang. Bye akak, nanti Qael datang lawat lagi. Assalamualaikum,"

Qael tidak berganjak dari tempatnya, sekadar memusingkan tubuh menghadap kubur yang berada di sebelah kubur kakaknya.

Aakif Dayyan bin Amirul Ammar

"Assalamualaikum abang Dayyan. Terima kasih sebab selamatkan Qael dulu. Kak Ivy dah ceritakan dah semuanya. Terima kasih juga untuk mata ni. Qael hargainya. Terima kasih sekali lagi sebab jaga kak Lia dulu. Qael harap Qael dapat balas jasa abang. Qael pergi dulu ya? Assalamualaikum,"

Qael akhirnya bangun dari duduknya, membawa diri ke motor yang ditunggangnya ke sana.

Beberapa minit kemudian, sebuah kereta berjenama Honda Civic tiba di kawasan perkuburan. Seorang remaja perempuan turun dari tempat duduk penumpang di belakang menuju ke arah kubur Dayyan dan Camelia.

"Assalamualaikum, abang Kif, kak Lia. Stella datang lawat ni," perempuan itu tersenyum manis sambil mengusap kedua batu nisan milik insan yang disebutnya.



























 -  T  A  M  A  T  -

AsterWhere stories live. Discover now