4 3

826 88 21
                                    

19-3

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

19-3

Jauh beza antara kedua mata yang diperoleh itu.

Keputusan perlawanan di antara Arelia Highschool dan Angsana Highschool dipandang dua orang perempuan.

Camelia dengan rasa takutnya, manakala Ivy dengan wajah tiada perasaannya.

"Camelia," panggil Ivy.

"Hmm, kenapa?" tanya Camelia pelik.

"Aku nak pergi tandaslah. Kau tunggu sini kejap. Jangan rindu aku tau," sebaik sahaja menoktahkan ayatnya, Ivy terus berlari anak keluar daripada gelanggang. Camelia tergeleng melihat sifat keanak-anakan Ivy.

Taktala kelibat Ivy menghilang, dia disapa dengan kehadiran Sir Ryan ke dalam gelanggang.

Automatik bibir Camelia mencebik. Sungguh, dia nak lapor tentang Sir Ryan kepada Tengku Muazzam, biar kena buang sekolah!

Kelihatan seperti Sir Ryan sedang memarahi pemain Angsana Highschool.

"Kenapa deret sangat kalah?! Semua yang kamu tahu main-main je?! Tak boleh ke kalau sekali kamu buat sungguh-sungguh? Malukan nama sekolah je! Saya penat tahu tak hadap kamu semua!" marah Sir Ryan. Camelia mengajuk bebelan Sir Ryan.

Camelia mendekati mereka. Dia berdehem sekali, mahu menyedarkan mereka tentang kehadirannya di situ.

"Sir, I think Sir tak patut cakap macam tu dengan dorang," celah Camelia.

"Kenapa pulak? Kamu bukannya tahu apa-apa, duduk diam jelah!" marah Sir Ryan. Mata Camelia membuntang seolah-olah terkejut.

"Oh, I tak tahu apa-apa? Hahahahaha," Camelia tergelak.

Dia tak kisah orang nak cop dia kurang ajar or anything else. Dia tak kira! Yang dia tahu, dia akan pastikan lelaki macam Sir Ryan ni berhambus dari pandangan matanya!

"Apa Sir fikir dorang tak ada perasaan ke? Dorang dah all out kut. Sampai ada yang patah tangan tu. Tu Sir kata tak bersungguh? Sir kata dorang main-main, habis tu Sir apa? Lepas amanah je. Biarkan I seorang diri uruskan dorang. Latihan hapak tak ada. Then Sir datang lenggang kangkung kata dorang tak bersungguh sedangkan Sir tak tengok pun macam mana dorang berlatih. 

Yes I akui yang dorang memang banyak main pun, at least appreciate usaha dorang untuk berlatih tanpa pantauan Sir. Bukannya berkepit dengan perempuan buat benda tak senonoh! Sir ingat I tak tau ke kenapa Sir setuju I jadi manager dorang. Ikutkan niat asal nak mainkan I sekali, tapi tulah, on the spot kena reject! Menyedihkan," berdas ayat yang keluar dari mulut Camelia.

Boys pula terkejut apabila Camelia menyebelahi mereka.

"Awak jangan nak kurang ajar dengan saya Camelia Aster!" tengking Sir Ryan. Wajahnya memerah menahan amarah.

Di sebalik topeng, Camelia tersenyum mengejek.

"Ha, apa? Kurang ajar? Eh, I takkan kurang ajar dengan you kalau you reti hormat maruah I sebagai pelajar perempuan lah!" herdik Camelia.

AsterWhere stories live. Discover now