Seorang kanak-kanak perempuan yang terbaring lesu di katilnya bangkit daripada 'lena'. Tangannya mengesat matanya, kemudian meraba-raba sekelilingnya
"Aa..Abang?" dia tercari-cari keberadaan abangnya. Dia mencabut segala wayar yang bersambung dengan tangan, kemudian mencabut alat bantuan pernafasannya. Kakinya pantas melangkah mendekati pintu wad. Baru sahaja hendak memulas tombol, kedengaran suara dari luar.
Si kecil itu mendekatkan telinganya ke pintu.
"Macam mana keadaan anak-anak saya?" suara lelaki yang garau kedengaran.
"Camelia hilang darah yang banyak, tapi Alhamdulillah, hospital ada stok darah yang mencukupi. Qael pula, serpihan kaca yang masuk ke dalam matanya menyebabkan dia mengalami kecederaan kekal pada matanya, atau lebih tepat, buta,"
"Qayyim?" nada suara yang lebih lunak itu kedengaran pelik.
Bukan wanita itu sahaja, bahkan kanak-kanak perempuan tadi pun pelik. Kenapa nama abangnya tidak disebut doktor?
Lama berdiam tanpa suara, kanak-kanak perempuan itu tidak dapat menahan diri lagi. Dia memulas tombol pintu.
Ketika itulah, satu ayat yang terlafaz mematikan seluruh pergerakannya.
"Maafkan pihak kami. Allah lebih menyayangi dia," jawab doktor tersebut.
Kanak-kanak perempuan tadi tergamam. Dia jatuh terduduk.
"Aa... Abang?" kenyataan yang baru didengarinya langsung tidak dapat diterima dek akal kecilnya.
Abangnya sudah tiada? Satu-satunya abang yang dia ada, yang dia sayang, telahpun pergi meninggalkan dirinya?
"Aa...Abang... Tak!! Abang aku hidup lagi! Tak! Jangan tipu aku!" jeritnya.
Pintu dihempas daripada luar. Si wanita terus mendekati perempuan tadi, kemudian tubuh kecil itu dipeluk erat.
"Qayyim dah tak ada sayang, jangan macam ni," pujuknya. Tak sanggup melihat satu-satunya anak perempuan dia menangis.
"Kereta tu. Kereta yang langgar abang. Kereta tu," mata kanak-kanak itu tajam menikam wajah si lelaki yang bergelar ayahnya.
Belum sempat kenyataan disuarakan, kanak-kanak tadi jatuh pengsan dalam pelukan si wanita.
"Abang!" Camelia tersedar daripada lenanya. Dadanya naik turun dengan laju, seperti mimpi tadi adalah satu realiti.
Tangan kanannya cuba ditarik bagi mengurut kepalanya yang terasa sakit, namun terasa seperti ada sesuatu yang menahan tangannya. Kepala ditolehkan ke sisi.
Kelihatan Ivy yang nyenyak tidur sambil memegang tangannya. Camelia cuba menarik tangannya dari pegangan Ivy, namun Ivy seolah-olah tidak mahu melepaskan tangannya. Akhirnya dia hanya biarkan sahaja.
YOU ARE READING
Aster
Teen FictionNamanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya. ° Pertembungannya dengan pa...