Camelia mengeringkan rambutnya. Kemudian dia menyarung topeng mukanya. Beg digalas pada bahu.
Ivy yang baru bersiap dengan baju kurungnya memandang Camelia pelik.
"Kenapa kau pakai baju riadah ni?" tanya Ivy. Camelia menoleh memandangnya.
Belum sempat Camelia menjawab, Ivy menyoal lagi.
"Asal kau tak pakai baju kurung wahai Camelia Aster? Tak pergi prep ke?" tanya Ivy sambil tersenyum penuh makna.
Camelia menggaru tengkuknya. Aish budak Ivy ni, waktu ni jugaklah dia kantoi.
"I nak pergi kerja lah," ujar Camelia.
Riak wajah Ivy berubah teruja.
"Cafe' La Peinture ke restoran boss Affan?" tanya Ivy.
Cafe' La Peinture merujuk kepada cafe milik Camelia yang Tengku Muazzam hadiahkan kepadanya sewaktu dia berumur 14 tahun.
3 tahun Cafe itu beroperasi. Pada awal pembukaan Cafe tersebut, Camelia dibantu oleh Ivy dan salah seorang pembantu Tengku Muazzam. Namun kini, hanya Camelia sahaja yang menguruskan Cafe tersebut.
Dia tidak mahu terima pemberian Tengku Muazzam pada mulanya, namun atas desakan Ivy, dia terima jua akhirnya.
Restoran pula merujuk kepada tempat Camelia bekerja sementara.
"Emm, restoran," jawab Camelia.
"Okay, tunggu aku tau!" Ivy masuk ke dalam tandas.
Kening Camelia terjungkit. Dah kenapa Ivy ni?
"Okay jom!" ajak Ivy ceria.
Camelia memandang Ivy atas bawah. Lengkap siap bertudung dan berpakaian sama sepertinya. Entah mana pulak dia campak baju kurungnya.
"Pergi mana?" tanya Camelia pelik. Ivy mengeluh.
"Aku pun nak ikut kau pergi kerja. Aku rindu dengan kak Awa, dengan boss Affan. Lagipun kan aku dah janji nak sentiasa ada kat sisi kau. So, jom!" kata Ivy.
Terkebil-kebil Camelia di tempatnya berdiri.
"Err Ivy, a--"
"Hey, kalau kau nak tanya kau ni menyusahkan ke tak baik kau tutup mulut, sebelum aku paksa kau ambil duit belanja aku," ugut Ivy. Terus Camelia menutup mulutnya.
Ivy tersenyum lalu menarik tangan Camelia ceria. Mereka berhenti di hadapan kereta Tengku Muazzam.
"Jom! Aku dah pandai drive kereta tau!" ajak Ivy. Wajah Camelia dikerling. Jelas mata Camelia menunjukkan kerisauan.
"Naik kereta dengan you ni... Dijamin selamat kan?" tanya Camelia teragak-agak. Ivy tergelak kuat.
"Confirm, 200% selamat!" kata Ivy lalu menolak Camelia masuk ke tempat duduk di sebelah penumpang. Ivy masuk ke tempat duduk pemandu.
YOU ARE READING
Aster
Fiksi RemajaNamanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya. ° Pertembungannya dengan pa...