6 8

748 105 62
                                    

"Woi!" Dayyan menepuk bahu Qairel

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Woi!" Dayyan menepuk bahu Qairel. 

"Apahal?" tanya Qairel malas. 

"Sampai bila kau nak duduk dengan aku ni?" tanya Dayyan setelah melabuhkan diri di hadapan Qairel.

Qairel mengangkat bahu. Sudah hampir dua minggu dia menumpang rumah Dayyan.

"Sampai bila kau nak mengelak daripada ayah kau? Apa pun dia buat, dia still ayah kau tau," tegur Dayyan lembut. Tidak mahu menambah api kemarahan sahabatnya itu.

Qairel mengeluh.

"Hish yelah. Aku ingatkan nak balik kejap lagi. Cuma tinggal nak bagitahu kau je," jawab Qairel malas. Dayyang mengangguk.

"Tapi kalau ayah aku buat masalah lagi, jangan ta--" jelingan Dayyan menghentikan percakapan Qairel. Qairel tersengih.

"I mean buat aku marah, jangan tanya kenapa malam-malam buta aku ketuk pintu rumah kau bagai nak roboh," ayatnya ditukar. Dayyan mengangguk faham, tahu sangat sahabatnya itu susah untuk memaafkan.

Bila fikir balik, sebiji macam perangai Camelia. Luaran je kata tak kisah, tapi sebenarnya, sampai mati dia tanam dendam dia tu.

"Haa macam nilah kawan aku. Bagus bagus. Eh jap, kau dah nak balik lah ni?" tanya Dayyan pelik.

"Haah, okaylah bye. Aku balik dulu," Qairel menggalas begnya yang sudah siap dikemas.

"Aku bukan halau kau tau. Aku cuma tak nak kau jadi anak derhaka je," kata Dayyan. Qairel tersenyum senget.

"Aku tahu kau sayang aku. Muwah!" flying kiss diberi namun Dayyan menepisnya seolah-olah menepis lalat sahaja. Qairel mencebik.

"Ish apa you ni? Tak baik tau tepis kasih sayang I," ujarnya dengan lenggok. Dayyan berura-ura mengangkat kakinya namun dihalang Qairel.

"Okay okay aku stop. Jangan main kaki, rosak muka aku ni nanti Ivy lari," kata Qairel kalut.

"Hek eleh, entah entah Ivy pandang kau pun tidak. Camelia kata ramai je suka dia kat sekolah tu," usik Dayyan. Qairel menggulingkan matanya.

"Dia setia dengan aku. Aku tahu tu. Jangan jeles kau aku naik pelamin dulu sebelum kau," kata Qairel bangga. Dayyan membuat muka meluat. Seketika wajahnya berubah riak.

"Kenapa?" tanya Qairel pelik.

"Aku rasa kan... aku tak sempat pun nak naik pelamin," ujar Dayyan perlahan, namun masih sampai di telinga Qairel.

"Kepala otak kau! Doa baik-baik jelah!" marah Qairel. Dalam marahnya jelas kerisauan terpancar.

Cukuplah dia hanya hilang seorang sahabat, dia tidak mahu hilang lagi.

Dayyan tersengih.

"Aku tahu kau sayang aku. Aku tahu tu, tak payah bagitahu," kata Dayyan mengulang semula ayat Qairel. Qairel mencebik.

AsterWhere stories live. Discover now