Namanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya.
°
Pertembungannya dengan pa...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Camelia menguap kebosanan. Dia bermain-main dengan rumput yang dicabutnya.
Manakala Ivy pula tenang melepak di sebelah Camelia. Tahu kenapa?
Sekarang subjek Physical Education. Camelia dah sah sangat memang takkan libatkan diri, manakala Ivy pula malas mahu melibatkan diri, lepak dengan Camelia lebih fun katanya.
Camelia menongkat dagu memandang ahli kelasnya.
Pelajar lelaki bermain futsal manakala pelajar perempuan pula bermain dodgeball.
"Weh, nah," Ivy menghulurkan sesuatu kepada Camelia. Camelia mengerling.
Terkejut sampai Camelia mengundur ke belakang tanpa sengaja.
"Gila ah, you memang tekad nak langgar peraturan sekolah ke?" tanya Camelia pelik. Ivy menjulingkan matanya ke atas.
"Bosan tau tengok dorang main. Lek ah, tak ada sesiapa nampaklah," pujuk Ivy. Camelia mengeluh jengkel. Sebelah earphone yang dihulurkan Ivy diambil lalu dipakainya.
"Phone ke MP3?" tanya Camelia.
"Aku tak gila lagi nak bawa phone. MP3," jawab Ivy. Camelia memejam matanya.
"I'm slowly learning
That the things you promised me Are burning like the embers Of a thousand willow trees And every single secret Has been broadcast like TV
Now all the thread are severed That were tying you to me,"
"Lagu apa ni?" tanya Camelia perlahan. Apabila Ivy tidak menjawab soalannya, dia membuka matanya. Ivy di sebelah dipandang.
Kelihatan Ivy sedang khusyuk memejam mata. Terdapat butir air mata yang tumpah di pipinya.
Tidak mahu mengganggu, Camelia terus sahaja mendengar tanpa menegur Ivy.
"I thought we were friends But now we're enemies I thought we were friends
But now we're enemies,"
"Put your knife out of my back Your blood runs black I just was surprised at
How you turn on me so fast
I let you in
I held you close My blood flows like a river
Cause I trusted you the most,"
"And now I know it's over, woo-ooh-ah-oooh And now I know it's over, woo-ooh-ah-oooh And now I know it's over, woo-ooh-ah-oooh,"
Tidak semena-mena kepala Camelia terasa berat. Matanya berpinar-pinar, terasa ingin menangis di situ.