1 1

947 99 13
                                    

Tika malam menjelma, semua warga aspura dan aspuri sudahpun nyenyak tidur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Tika malam menjelma, semua warga aspura dan aspuri sudahpun nyenyak tidur. Sunyi sepi menguasai Angsana Highschool. Para warden pula sudahpun pulang ke kuarters.

Di dalam bilik 4-12 aspuri, kelihatan Camelia sedang duduk di sudut katilnya, memeluk kedua lututnya erat. Air mata tidak henti-henti mengalir.

"Camelia~ Kau takkan dapat lari," satu suara menyapa halwa telinganya.

Ini yang membuatkan Camelia benci hidupnya. Bila tidur, mimpi pelik dan menakutkan yang menghantuinya. Tapi bila tak tidur, ketika mana suasana sunyi, dia ditemani bisikan-bisikan yang entahkan wujud atau sekadar ilusinya sahaja.

"Diamlah!" marah Camelia, dengan suara tertahan-tahan dari menjerit. Takut menyebabkan orang lain terjaga.

Kepalanya yang jarang sakit, mulai sakit. Segala bayangan dapat dilihatnya.

Sebuah kereta menghentam dua orang manusia yang sedang berpelukan.

Sekumpulan kanak-kanak membuli perempuan yang dikenali sebagai As.

Bayangan dirinya, berkali-kali cuba membunuh diri.

Camelia segera menyelongkar laci lokernya. Sebotol ubat dicapai, lalu dibukanya kasar.

"AS!"

"Abang, jangan tinggalkan Lia,"

Dua pil ubat ditelan. Tangan Camelia tergapai-gapai mencari botol air yang sentiasa disediakan di tepi katil.

Namun saat tangannya berjaya mencapai, silapnya kerana terkial-kial menyebabkan air itu tumpah di lantai.

Camelia menutup telinganya kuat.

"Tak ada siapa yang sayangkan kau Camelia,"

"Semua orang dah tinggalkan kau,"

"Diamlah... Diam!" Camelia menyembamkan mukanya di antara kedua lututnya.

"Baik kau bunuh diri je,"

Menurut arahan bisikan itu, Camelia capai jarum jahit yang ada di lokernya. Dia mula menoreh nadinya. Darah mengalir, menitis ke atas bantal.

"Akak! Bahaya!" jerit Lily. Dia terus menahan tangan Camelia dari menyambung menoreh lengannya.

Camelia bagaikan baru tersedar, terus dia mencampak jarum itu ke lantai. Dia menyelongkar lokernya. Baju lusuh dikeluarkan lalu tempat yang ditoreh tadi dibalut untuk menghentikan pendarahan.

Lily menghulurkan sebotol air. Terus botol itu dirampas, air diteguk laju.

"Akak... Okay?" tanya Lily sebaik melihatkan Camelia tenang.

Camelia tersandar lemah di birai katil. Dia mengangguk perlahan.

"Akak... Nah," Lily menghulurkan sesuatu ke arah Camelia. Camelia hanya memandang dengan ekor matanya. 

AsterWhere stories live. Discover now