"Pastikan Camelia dapat rehat yang secukupnya ya,"
Ivy mengangguk lemah. Dia membiarkan doktor peribadinya berlalu pergi.
Ivy menarik sebuah kerusi ke sisi katil, di mana Camelia terbaring lesu tidak sedarkan diri. Tangan kanan Camelia diraih, yang mana ada parut torehan lama.
Hampir tercabut jantung dia taktala dia masuk ke dalam bilik, 4-12 aspuri yang lain semua menerpanya, mengatakan Camelia berkurung di dalam bilik air selama lebih 20 minit.
Terus dipecahkan sahaja pintu bilik air itu. Apa dia kisah, pintu boleh ganti. Tu melayang nyawa Camelia tu, siapa nak ganti? Ivy boleh tolong bunuh Boys je untuk puaskan hati dia.
Sekujur tubuh Camelia dipandang. Terlukis riak wajah yang tenang di wajahnya, walaupun sedikit pucat setelah kehilangan darah yang agak banyak. Topeng muka telahpun dicabut terlebih dahulu.
Wajah itulah yang sentiasa menenangkan dirinya. Yang sentiasa menyelamatkan dirinya ketika dia dalam masalah. Yang selalu setia di sampingnya walau di sebalik kegelapan malam. Yang hadir taktala dia jatuh ke lorong yang dalam. Yang menghulurkan tangan menariknya ke cahaya.
"Loving and fighting, accusing, denying
I can't imagine a world with you gone
The joy and the chaos, the demons we're made of
I'd be so lost if you left me alone,"Lagu yang pernah dinyanyikan Camelia diulang semula.
"You locked yourself in the bathroom
Lying on the floor when I break through
I pull you in to feel your heartbeat
Can you hear me screaming? Please don't leave me,"Tangan Camelia ditarik mendekatinya.
"Hold on, I still want you
Come back, I still need you
Let me take your hand, I'll make it right
I swear to love you all my life
Hold on, I still need you,"Air mata Ivy menitik, jatuh ke tangan Camelia. Cepat-cepat dikesat.
"I don't wanna let go
I know I'm not that strong
I just wanna hear you
Saying, "Ivy, let's be friends"
Let's be friend
Yeah, I just wanna be your friend,""Hold on, I still want you
Come back, I still need you,"Bibirnya bergetar menahan tangisan. Matanya mulai berkaca. Dia tidak mahu menangis. Dia tidak mahu!
Kerana dia masih ingat pesan Camelia suatu masa dahulu.
"Please, anything happen to me. Don't ever you cry. Don't dare you cry,"
"Apahal kau ni Camelia? Kau fikir hati aku ni hati batu sangat ke? Mestilah aku menangis jugak nanti,"
"I don't need your sympathy, I don't need your pathetic look on your face. It's ruin you face you know,"
YOU ARE READING
Aster
Teen FictionNamanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya. ° Pertembungannya dengan pa...