Naim melangkah masuk ke sebuah sekolah. Ramai pelajar memandang pelik ke arahnya.
"Weh tu bukan Tengku Naim ke?"
"Dia ex-student sini kan?"
"Apa dia buat kat sini eh?"
"Kyaa handsomenya!!"
"Ya, ada apa yang boleh say-- Eh? Tengku Naim?"
"Saya nak jumpa guru besar," ujar Naim datar.
"Err, baik. Silakan masuk, guru besar ada di dalam biliknya,"
Naim melangkah masuk ke sebuah bilik setelah diberi izin.
"Ya Tengku Naim, ada apa-apa yang boleh saya bantu?" tanya Puan Laila, guru besar SK Richard II, sekolah lamanya.
"Saya nak maklumat pelajar sekolah ni. Maksud saya, bekas pelajar," ujar Naim. Wajah Puan Laila berubah cuak bercampur takut.
"Eh tapi--"
"Baik cikgu bagi je, atau saya tutup sekolah ni secara paksa. Mungkin sekolah ni patut dirobohkan, lagipula ada orang nak cari tanah untuk bina cawangan syarikat yang baru. Keuntungan pula memang terang-terang berpihak pada saya," ujar Naim tanpa nada, kedengaran seperti mengugut. Matanya melilau memerhatikan segenap ruang.
Di sebalik wajah tenangnya, tersembunyi sikap tidak berperasaannya. Lebih-lebih lagi kalau melibatkan sesuatu yang dia mahukan. Apa hendak dikisahkan orang lain. Lebih baik fikir diri sendiri dulu.
"Err," Puan Laila kelihatan ragu-ragu.
"Saya dengar, sekolah ni ditubuhkan ayah cikgu kan? Boleh jadi dia kecewa dengan cikgu sebab tak dapat nak pertahankan sekolah ni. Sayang," Naim menggeleng kesal. Dia bangun dari tempat duduknya.
"Maaflah kalau cikgu tak boleh tunaikan permintaan saya. Saya harap cikgu boleh kosongkan sekolah ni dalam tempoh dua minggu. Apa-apa risiko saya takkan tanggung. La--"
"Baik! Saya bagi maklumat yang kamu nak!" akhirnya Puan Laila akur.
"Kan bagus cikgu setuju aje dari awal," Naim duduk semula. Tangannya dibawa memeluk tubuh.
"Maklumat siapa?"
"As," ujar Naim sepatah. Dahi Puan Laila berkerut.
"Siapa?"
"As, top student 4 tahun berturut-turut, antara pelapis pemain bola keranjang perempuan. Wakil persatuan kelab kebudayaan peringkat negeri, selalu dapat keuntungan yang banyak setiap kali jualan lukisan. Hilang tanpa khabar, katanyalah, lepas kemalangan yang berlaku betul-betul depan sekolah. Berhenti sekolah tanpa notis atau surat, langsung tak munculkan diri waktu UPSR. Tak jelas lagi ke cikgu?" tanya Naim malas.
YOU ARE READING
Aster
Teen FictionNamanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya. ° Pertembungannya dengan pa...