3 4

898 99 24
                                    

"Terima kasih atas sumbangan pahala anda ke dalam akaun saham akhirat milik Camelia Aster

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Terima kasih atas sumbangan pahala anda ke dalam akaun saham akhirat milik Camelia Aster. Semoga bertemu di syurga, oh-uh. Itupun kalau korang masuk syurga lah,"

"Pftt... Hahahahahahahahahaha," Camelia tergelak. Namun bukan itu yang mengejutkan mereka. Terdapat seseorang lagi yang turut gelak bersama Camelia.

Mereka menoleh ke arah punca suara itu. Termasuklah Camelia.

Mata Camelia membulat teruja. Tangannya menutup mulut yang sudahpun tertutup. Terbias riak terharu dan gembira dalam sepasang mata berkacanya. Ingin sahaja dia melompat di situ.

"Ha abang Dayyan, tu kak Camelia," ujar Lily. 

Camelia berlari ke arah Dayyan. Dayyan tersenyum melihat karenah Camelia. Dia tahu apa yang Camelia nak buat lepas ni...

ZAP!

Teddy bear sebesar kanak-kanak 5 tahun dirampas dari tangan Dayyan. Pipi teddy bear itu dicubit, ditarik dan sebagainya, di sebalik topeng dia tersenyum teruja.

"Argh comelnya! You belikan jugak?!" tanya Camelia teruja. Tangannya masih tidak lepas mengerjakan teddy bear itu.

"Haah. Suka tak?" tanya Dayyan tersenyum manis. Camelia mengangguk laju.

"Tapi kan... Kenapa you beli?" tanya Camelia pelik. Selalunya Dayyan bagi hadiah mesti ada sebab. Ada sekali tu, Dayyan bagi dia coklat, sebab rindu. Entah apa je dia mengarut.

Tapi tulah, end up dia bagi coklat tu kat Ivy. Peminat tegar coklat.

"Kau tak bagitahu aku pun kau dapat nombor satu dalam batch masa periksa awal tahun. Nasib baik abi bagitahu," kata Dayyan mencebik.

Camelia tersenyum gembira. Sepasang mata kelabu kebiruan milik Dayyan ditatap.

"Thank you," ucap Camelia.

"Aww~ Apa dia? Tak dengarlah," usik Dayyan. Jarang dengar Camelia berterima kasih ni. Nak dia balas ucapan sayang pun tak pernah lagi. 

Bibir Camelia terjungkit jengkel.

"Tak ada siaran ulangan," ejek Camelia lalu memeluk teddy bear tadi sekuat hati. 

"Argh gebunya bulu dia!" Camelia menjerit keriangan. Langsung tidak sedar bahawa dia dan Dayyan menjadi tumpuan semua orang.

"Nanti kau rindu aku kau peluklah teddy bear tu. Lepastu seru nama aku, nanti aku terus datang, okay?" ujar Dayyan. Camelia tersengih.

"Okay! You stay ke singgah kejap je?" tanya Camelia sambil matanya tidak lepas memandang teddy bear coklat cair itu. Eee geramnya!

"Aku stay kejap. Aku boleh duduk mana?" tanya Dayyan sambil mata meliar sekeliling. Camelia dapat teddy bear mana pandang sekeliling dah. 

"Jom, duduk dengan I," ajak Camelia. Tangan kirinya menarik hujung kemeja Dayyan supaya mengikutinya, manakala tangan kanannya tidak melepaskan teddy bear coklat itu. Bibirnya tidak lekang mengukir senyuman dalam diam. 

AsterWhere stories live. Discover now