6 3

723 99 16
                                    

Camelia melipat-lipat kertas yang dikoyak daripada buku tulisnya kemudian membentuk sebuah origami kapal terbang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Camelia melipat-lipat kertas yang dikoyak daripada buku tulisnya kemudian membentuk sebuah origami kapal terbang. Warah di sebelahnya pula ralit membaca novel yang baru dipinjamnya dari perpustakaan sekolah.

Kelas yang awalnya bising seperti di pasar malam kemudiannya senyap sunyi. Kedua mereka serentak mengangkat wajah apabila terasa diperhatikan. 

Kelihatan semua pelajar menanti mereka untuk bangun kerana Sir Ash, guru subjek matematik tambahan sudah masuk ke kelas, bersama seorang pelajar lelaki yang tak pernah dilihat mereka di sebelahnya.

Lambat-lambat Camelia dan Warah bangkit dari tempat duduk mereka.

"Assalamualaikum Sir Ash,"

"Assalamualaikum Sir Ash," suara pelajar kelas 5 Atria bersatu, kecuali Camelia dan Warah. 

"Waalaikumussalam semua. Kamu semua boleh duduk," semua pelajar akur.

"Jadi, macam yang kamu semua tahu, program pelajar sepatutnya berlangsung minggu depan, betul tidak?"

"Betul!"

"Tapi atas beberapa sebab tertentu, kita terpaksa awalkan program itu. Jadi, kelas kamu akan ada seorang pelajar lagi. Kamu, boleh perkenalkan diri," ujar Sir Ash. Pelajar lelaki di sebelahnya mengangguk.

"Hai semua, nama saya Qayyim Azhari, saya pelajar program pertukaran sekolah dari sekolah Private Elite School. Mohon tunjuk ajar," ujar Qayyim lalu menundukkan sedikit badannya.

Camelia memandang dalam wajah Qayyim, sepertinya ada sesuatu perkara penting yang dilupakannya.

Qayyim yang terasa diperhatikan terus mencari mata yang memandangnya. Ketika matanya bertembung dengan mata Camelia, dia hadiahkan satu senyuman ikhlas.

Zap! Terasa seperti baru sahaja disambar kilat, pandangan Camelia berubah kabur. Dia memicit kepalanya yang terasa sakit.

"Hiss," Camelia berdesis, cuba menahan suara dari keluar. Tidak mahu dia membuat masalah pada hari itu. Warah memandangnya pelik, kemudian dia memandang wajah Qayyim pula.

Tampak kerisauan dalam mata Qayyim melihat Camelia yang tiba-tiba seperti menahan kesakitan. Warah mencebik jengkel.

"Kerja nak menyusahkan aku je kan?" keluh Warah. Camelia dalam diam menelan ubatnya.

"Okay Qayyim, kamu boleh duduk... Ha sebelah Naim," ujar Sir Ash. Warah mengepal penumbuk, manakala Camelia mengeluh malas.

Mana tidaknya, tempat duduk Naim berada di hadapan mereka, beerti Qayyim akan duduk dekat dengan dia.

Camelia kisah apa, lantaklah si Qayyim tu nak duduk mana. Tapi masalahnya, dia cuba nak putuskan rangkaian komunikasi dengan ahli kelas 5 Atria. Lebih-lebih lagi lepas fitnah tentang dirinya tersebar.

Yang bercakap dengan dia hanyalah si Warah tu. Boys pulak, bercakap tu memang bercakap, tapi macamlah Camelia tak sedar, yang sebenarnya dalam diam mereka membulinya. Kecuali Naim lah. Hanya Naim sahaja yang kekal seperti dirinya yang dahulu.

Bagi Warah lain pula. Apabila melihat Camelia seperti menahan kesakitan, tahulah dia yang Qayyim ada kena mengena dengan kisah silam Camelia seperti yang diceritakan Ivy kepada mereka. Yang mana, Qayyim tak lain tak bukan hanya akan menyusahkan dirinya serta Camelia.

"Baiklah, kamu siapkan dulu latihan yang saya bagi semalam, saya ada kerja nak buat," pamit Sir Ash, meninggalkan kelas 5 Atria. Sebaik sahaja Sir Ash meninggalkan kelas, Boys terus berkumpul di tempat Naim dan Qayyim.

"Eh, awal? Kata minggu depan baru masuk sekolah, asal tiba-tiba minggu ni pulak?" tanya Niel pelik.

Qayyim sekadar mengangkat bahu.

"Entahlah, sekolah aku kata ada orang arahkan supaya program ni bermula awal. So then siap awal, lepastu boleh terus fokus kat SPM," jawab Qayyim. Naim sembunyi senyum.

"Tak apalah, janji dapat berkumpul macam dulu, kira okaylah tu," kata Hafiz.

"Oh ya," Qayyim yang sepertinya baru teringat sesuatu terus menoleh ke belakang. Ketika itu, Camelia sedang meletakkan kepala di atas meja dengan mata terpejam, manakala Warah pula dengan rutin kebiasaannya, iaitu membaca novel.

"Oh tak apa lah," Qayyim menoleh semula ke hadapan.

"Asal kau pandang belakang?" tanya Ridh pelik.

"Ha? Saje nak kenal, nak tanya nama. Itu je," kata Qayyim ringkas. Mereka mengangguk faham.

"Camelia!" suara kuat milik Warah mengejutkan ahli kelas itu. Semua mata tertumpu kepada mereka.

Kelihatan tubuh Camelia menggigil seperti dalam kesejukan. Peluh mengalir di dahinya. Dadanya naik turun dengan laju.

"Woi Camelia! Kau okay tak?!" tanya Warah cemas.

Camelia cuba menenangkan dirinya dengan menarik nafas panjang, sebelum dihembuskan perlahan.

"Warah..." panggil Camelia perlahan.

"Ya?" sahut Warah.

"Bawa I, pergi jumpa abi. I nak pergi hospital," ujar Camelia dengan suara yang sangat perlahan, hampir-hampir sahaja Warah tidak mendengarnya.

"Okay, jom," Warah memapah Camelia keluar.


Boys.

"Oh, nama perempuan tu Camelia?" tanya Qayyim. Mereka mengangguk.

"Kenapa dengan dia tu?" tanya Qayyim lagi.

"Dia memang asyik sakit je," jawab Hafiz.

"Hiraukan je dia tu, attention seeker," balas Ridh.

Qayyim termenung. Qawwam menepuk bahunya.

"kau fikir apa?" tanya Qawwam.

"Oh, tak. Cuma aku rasa aku pernah dengar lah nama Camelia tu. Tapi... aku tak ingat kat mana?" terang Qayyim. Dia mengetuk kepalanya, cuba mengingat kembali. Namun sia-sia sahaja.

























Vote and comment!

Tata, setelah berusaha, dapat juga update untuk hari ni. Huhu, malasnya

AsterWhere stories live. Discover now