7 6

783 104 26
                                    

"Apa yang jadi sebenarnya abang?" tanya Diana

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Apa yang jadi sebenarnya abang?" tanya Diana. Takkanlah tak dapat detect kereta yang langgar anak-anaknya.

Diana tidak tahu walau satu pun cerita sebenar kerana Mikhael yang minta supaya tiada langsung berita atau isu tentang kemalangan ni. Mikhael juga yang minta supaya kes ditutup.

Mikhael terdiam. Sebenarnya, kereta dialah yang hampir melanggar anak-anaknya.


"Lamanya abang nak cari kakak. Bosanlah," rungut Qael.

"Qael tunggu sekejap je. Nanti dorang sampailah tu," kata Mikhael.

Tiba-tiba siaran radio mereka bertukar.

"Apa perasaan kau kalau anak-anak kau mati?" muncul suara secara tiba-tiba. Mikhael cuba menukar siaran radio, namun seolahnya dikawal sepenuhnya orang luar.

"Kau siapa hah?" tanya Mikhael kasar.

"Haha, tak sabar aku nak tengok keluarga kau berpecah-belah, Mikhael Afnan. Semua ni salah kau, punca keluarga kau merana," katanya lagi. Tiba-tiba enjin keretanya di start.

"Jumpa dalam neraka ya kawan," keretanya meluncur laju ke arah Lia yang sedang melintas.

"Kakak!" jerit Qael risau.

"Lia!" ketika itu jugalah Qayyim menolak tubuh Lia ke tepi.

Tubuh Qayyim dirempuh kereta. Namun keretanya masih tidak mahu berhenti.

"Buka seat belt cepat Qael, kita terjun keluar!" arah Mikhael. Tak sempat Qael menurut, keretanya melanggar sebuah pokok dan terbalik.

Mikhael cepat-cepat keluar daripada tingkap pecah. Disangkanya Qael sudahpun selamat keluar.

"Qael? Qael!" Mikhael segera berpatah balik ke keretanya sebelum keretanya meletup. Tubuh Qael tercampak jauh dari kereta.

Ketika itu jugalah ambulans dan polis tiba.


"Abang? Diana tanya ni," panggil Diana.

"Sebenarnya..."

"Sebenarnya apa?" tanya Diana lagi.

"Qayyim mati nak selamatkan Camelia,"

"Hah?"

"Qayyim nak selamatkan Camelia. Masa tu Qayyim tengah dukung Qael. Camelia merajuk sebab Qayyim tak bagi hadiah untuk dia. Camelia berdiri je kat tengah jalan tunjuk protes. Lepastu ada kereta datang nak langgar dia, tapi Qayyim selamatkan. Dan Qayyim yang dilanggar," kata Mikhael, memutarbelitkan cerita sebenar. Diana tergamam

"Kereta tu... Memang nak langgar Camelia?" Mikhael mengangguk.

"Camelia memang pembawa malang. Kalau tak disebabkan dia, Qayyim takkan mati," hasut Mikhael. Diana jatuh terduduk. Dia menangis seteruk-teruknya.

AsterWhere stories live. Discover now