Namanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya.
°
Pertembungannya dengan pa...
"OMG, perfecto! Meh aku hiaskan kau!" tanpa sebarang amaran, Camelia ditarik lalu ditolak supaya duduk di atas katil. Ivy terus mengikat rambut Camelia.
"Jangan ikat tinggi sangat," pesan Camelia. Ivy tersenyum.
"Ya ya, aku tahu," Ivy merapikan rambut Camelia. Rambut Camelia yang panjang di belakang itu dikemaskan supaya menutup tengkuk Camelia.
"Baju kurung tak ada kolar, so... Kau pakai mask ni. Nasib baik aku terdetik nak bawa," Ivy menghulurkan topeng muka yang turut menutup leher.
"Thank you, tau tau je," ujar Camelia.
"BFF aku, mestilah aku tahu," ujar Ivy bangga. Camelia mencebik.
"Yalah yalah. Jom. First time ni I mencemar duli pergi prep," ajak Camelia. Ivy tergelak.
"Aku dah agak dah, kau mesti tak pergi prep sebelum ni," kata Ivy. Mereka berjalan beriringan menuju ke kelas 5 Atria.
"You memang confirm sekelas dengan I ke?" tanya Camelia pelik. Ivy tersengih.
"Don't worry. Aku dah settlekan semuanya semalam. Kelas, aktiviti koko, subjek, bilik. Semua sama dengan kau," kata Ivy. Camelia sekadar mengangguk.
"You tak rasa terbeban ke nak ikut I setiap masa? Yalah, you kan minat sukan, aktiviti lasak semua tu. I pulak jenis ponteng tak buat langsung aktiviti lasak," tanya Camelia. Langkah Ivy terhenti.