Namanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya.
°
Pertembungannya dengan pa...
"In your dream," Camelia menunjal kepala Insyi kuat.
Camelia kembali duduk. Tiba-tiba kelas yang riuh bertukar sunyi sepi.
"Camelia," panggil seseorang. Mendengarkan suara yang dikenali memanggilnya, Camelia mengangkat mukanya.
Jelas figura Tengku Muazzam yang menunggunya di muka pintu.
"Kemas barang kamu," arah Tengku Muazzam. Camelia mengeluh. Ingin sahaja dia membantah, namun mengenangkan Tengku Muazzam lah punca dia mampu hidup dengan baik sehingga kini, dirinya menghormati Tengku Muazzam.
Camelia mengemas barangnya. Beg disangkut di bahu kanan, sebelum melangkah keluar ke arah Tengku Muazzam.
Tengku Muazzam memandang wajah Camelia.
"Kenapa lebam tu?" tanya Tengku Muazzam.
"Oh, bertumbuk dengan gangster," kata Camelia selamba.
"Bertumbuk dengan gangster ke kena belasah dengan abang?" tanya Tengku Muazzam. Kenal benar dengan masalah keluarga Camelia.
"Sorry not sorry, he's not my brother," ujar Camelia.
"Camelia dah jumpa dengan doktor yang abi sarankan tu?" tanya Tengku Muazzam. Camelia menggeleng.
"Nanti-nantilah I jumpa doktor tu,"
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.