7 3

780 118 45
                                    

"Yay!" sorak Qael

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yay!" sorak Qael.

"Apa yang gembira sangat tu Qael?" tanya Camelia yang berada di tempat duduk hadapan. Qairel berada di tempat duduk pemandu manakala Qael dan Qawwam berada di tempat duduk belakang.

Hari Isnin, di mana terlewat sehari dari hari sepatutnya pulang ke asrama. Semuanya kerana hendak memujuk Qael yang tidak mahu tinggal seorang diri di rumah Mikhael tanpa Camelia. Puas dipujuk, setelah Qairel mengajaknya menghantar Camelia ke asrama barulah Qael bersetuju.

"Dapat hantar kakak pergi sekolah. Mestilah happy! Kan best kalau Qael dah besar, lepastu Qael boleh nampak, boleh Qael tolong hantar kakak, pergi mana-mana je kakak nak," dari nada suara ceria berubah sayu. Camelia mengerling melalui cermin pandang belakang.

"Tak apa, nanti Qael dah besar Qael boleh bawa akak bercuti, okay? Sekarang ni biar kakak jaga Qael," kata Camelia. Qael mengangguk teruja.

"Okay!" sahut Qael. Qawwam hanya mendiamkan diri, sekadar memerhatikan keletah dua beradik, manakala Qairel fokus memandang jalan raya. 

"Okay, dah sampai," kata Qairel, memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia membantu Camelia menurunkan barangnya, manakala Qawwam completely dihiraukan.

Balasan kau Qawwam, abang kau si Qairel lebih treasure adik baru dia berbanding kau🤣

"Bye kakak! Jangan lupa call tau!" jerit Qael dari dalam kereta. Camelia mendekati Qael. Pintu kereta dibuka lalu tubuh Qael didukung dibawa ke tempat duduk hadapan. Dia memandang sekeliling, memastikan tiada siapa yang lalu di kawasan itu, sebelum topeng mukanya dibuka sedikit lalu dahi Qael dicium lembut. 

Tanpa dia tahu, Qairel sedang mengerling ke arahnya dan terpandang apa yang selama ini cuba disembunyikan Camelia di sebalik topeng mukanya.

"Jaga diri kat rumah ayah. Dengar cakap ayah tau, jadi budak baik," pesan Camelia.

Qael mencebik.

"Mhm, Qael akan dengar cakap abang Qairel, mesti Qael jadi budak baik!" jawab Qael. Camelia sedikit ternganga mendengar jawapan Qael.

'Guess Qael hates him,' getusnya.

"Apa-apa jelah. Jadi budak baik, minggu depan akak balik okay?"

"Okay! Nanti Qael ajak abang Qairel ambil kakak," kata Qael. Tubuh Camelia dipeluk.

"Bye sayang," ucap Camelia.

"Bye kakak!" Qael melambai. Qawwam sudah terlebih dahulu pergi. Camelia berjalan mendekati Qairel. Tangan Qairel dicapai lalu disalamnya.

"Tolong jagakan Qael tau," pesan Camelia.

"Ya, jaga diri tu. Jangan menggatal eh, Dayyan tu kuat jealous," sempat Qairel mengusik.

"Alaa bukannya dia tahu pun," Camelia turut bergurau.

AsterWhere stories live. Discover now