3 3

865 102 13
                                    

FRIENDLY MATCH WITH SMK LILAC

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

FRIENDLY MATCH WITH SMK LILAC

Camelia mengikat rambutnya. Dia memakai jersi sukan rasmi kelab bola keranjang. Cap di kepala dibetulkan sedikit. Topeng muka turut tidak dilupakan. Segera dia mencapai begnya.

Kasut sukan disarung segera. Dia dah terlambat!

Satu... Dua... Tiga!

"Pecut!" Camelia berlari dari bilik 4-12 aspuri sehingga ke gelanggang tertutup bola keranjang.

Dahlah jauh. Lepas aspuri, kau akan lalu aspura. Then ada masjid, lepastu ada kantin, blok makmal, blok terbiar, ada dataran pelajar, pusat ICT, blok akademik. After that barulah kau sampai kat blok gelanggang tertutup. 

Mujur sahaja basketball terletak di tingkat bawah. Naya woi nak naik turun tangga banyak kali.

Sampai di gelanggang tertutup, Camelia terus mencampak begnya di tempat pemain berkumpul.

"Naim, Hakim, Qin. Ambil air mineral kat koop. Hurm... Qawwam, Nawaf dengan Aqlan, pergi tunggu kat parking. Tunjuk budak Lilac jalan ke sini kalau dorang dah sampai. Faqihin dengan Zaki, pergi dekat announce room, buat pengumuman," arah Camelia. Dia terlebih dahulu membuka langkah ke koperasi sekolah. 

Pemain bola keranjang pula terpinga-pinga selepas mendapat arahan. Namun tidak lama kemudian mereka terus bergerak mengikut arahan.

Sebaik sahaja Naim, Hakim dan Qin sampai di koperasi, hampir-hampir sahaja mereka berlanggaran dengan Camelia yang membawa 2 kotak air mineral.

"Woi woi tak berat ke? Nanti kau jatuhlah," tanya Naim risau.

"I boleh jatuh kalau you menghalang jalan I. Go away. Angkat baki-baki kotak tu," kata Camelia memaksudkan baki 3 kotak air mineral. Terus Camelia memecut ke gelanggang tertutup. Selepas menyusun kotak tersebut, dia menyambar begnya sebelum berlari ke parking kereta.

"Dah sampai ke?" tanya Camelia termengah-mengah. Kalau ikutkan hatinya, memang taklah dia nak ambil kisah semua ni, baik dia  melepak dalam kelas. Tapi tulah, entah kenapa jasadnya melakukan perkara sebaliknya.

"Belum," jawab Nawaf. Tiba-tiba 4 buah kereta masuk ke kawasan sekolah.

"Ergh," Camelia memegang perutnya yang terasa pedih.

"Kau kenapa ni?" tanya Qawwam.

"Sakit perut lah. Y'alls handle lah dorang. I nak pergi tandas kejap," pamit Camelia. Dia berjalan ke tandas. Pintu tandas dikunci. Bajunya diselak sedikit ke atas. 

Camelia mengeluh saat melihat darah yang keluar dari parut lamanya. Darahnya sudah membasahi jersi merah gelap yang dipakai.

Camelia mengeluarkan jaket dari begnya. Dia sudah menjangkakan perkara sebegini berlaku.

Darahnya dibersihkan. Camelia menyentuh parut yang memanjang di perutnya. 

Dia teringat... Bagaimana dia mendapat parut tersebut.

AsterWhere stories live. Discover now