5 1

833 101 9
                                    

"I kat mana ni?" Camelia memegang kepalanya yang terasa sakit

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"I kat mana ni?" Camelia memegang kepalanya yang terasa sakit. 

"Tempat apa ni? Macam pernah nampak je," kakinya mengatur langkah dengan sendirinya. Entah ke mana kakinya melangkah pun dia tidak tahu. Dia hanya turutkan sahaja sifat ingin tahunya.

Camelia menutup mulut.

"Tu... As? Dengan Insyi?" bisiknya, terkejut dengan apa yang dilihat.

Kelihatan tangan As menarik Insyi ke suatu tempat. Kaki Camelia setia mengekori.

Sampai di suatu tempat Insyi pantaskan membekukan dirinya. Tidak lagi mengikut As. Tangannya ditarik kasar menyebabkan As tersentak.

"Kau kenapa Insyi?" tanya As, wajahnya kelihatan seperti mahu menangis. Insyi menggeleng perlahan.

"Jawablah! Aku tak tahan tau dengan perangai kau yang tiba-tiba berubah ni! Apa salah aku?! Kenapa kau jauhkan diri?!" tanya As. 

Insyi menggeleng lagi.

"Hani Insyirah! Tell me!" jerkah As. Insyi tergamam, sebelum mengukirkan senyuman sinis.

"Kau betul-betul nak tau?" tanya Insyi. As terdiam. Entah kenapa rasa tidak sedap hati melanda.

"Apa jadi kau tangan and kaki kau tu patah ya?"  Insyi menyeringai. Automatik kaki As melangkah ke belakang.

"Apa kau nak buat Insyi?!" tanya As takut-takut. Insyi tersenyum lebar.

"Tak buat apa-apa pun, kenapa kau nak takut?" Insyi melangkah ke hadapan, manakala As melangkah ke belakang.

"Jauh, jangan dekat!" kata As. Makin ditegah makin dibuat.

Seketika hanya beberapa langkah sahaja sebelum As tiba di tangga, langkah Insyi terhenti. Begitu juga dengan As.

"Aku terpaksa, tapi jangan risau, tak sakit pun. Sakit sikit je. Cuma, aku nak kau sabar ya? As kan kuat," ujar Insyi lalu tersenyum nipis.

Baik As mahupun Camelia, kedua-duanya seperti tidak mengerti kata-kata Insyi.

Tiba-tiba Insyi terus berlari ke arah As, gayanya seperti hendak menolak As ke tangga. Mata Camelia membuntang.

Apatah lagi As, tergamam tidak tahu mahu berbuat apa.

Beza 1 meter sahaja jaraknya, Insyi terus berlari melintasi As. Tangannya langsung tidak menolak As.

As tersentak melihat tubuh Insyi yang hampir jatuh ke bawah itu. Sedar akan niat sebenar Insyi, tangan Insyi terus digapainya. Namun nasib tidak menyebelahi mereka berdua...

BAM!

Hampir menjerit Camelia taktala melihat dua tubuh yang bergolek jatuh ke bawah. Terus dia membuka langkah, berlari ke arah kedua tubuh yang terbaring lemah itu.

AsterWhere stories live. Discover now