Camelia menghendap sekeliling. Baju kurung yang tersarung di tubuhnya menyukarkan pergerakan.
"Aduh, gila! Hari kedua kat asrama dah ponteng!" Camelia mengutuk dirinya sendiri. Kain kurung diangkat, menampakkan seluar yang sudah siap sedia dipakai.
Hati Camelia berbelah bahagi. Dia tidak mahu buat masalah di hari kedua, tapi dia perlukan kerja!
"Ah I tak kira. Kalau I tak pergi I tak dapat duit," Camelia menggeleng, menegah dirinya dari berpatah balik.
Dia berjalan menyelusuri kaki lima yang sudah gelap gelita. Ketika ini, semua pelajar sedang berada di masjid, menunaikan solat maghrib secara berjemaah. Selepas itu diikuti bacaan al-Quran. Camelia senyap-senyap menunaikan solat di dalam bilik sebentar tadi.
"Ah, redah jelah!" Camelia berlari ke blok akademik yang masih kosong. Ketika itu, ada kereta yang siap menunggu kedatangan Camelia. Camelia masuk ke dalam kereta tersebut.
"You... Datang jugak eh... Dayyan?" tanya Camelia termengah-mengah.
"Mestilah, buah hati aku minta tolong. Sorok cepat, nanti pak guard nampak," ujar lelaki bernama Dayyan itu. Camelia menyorok di sebalik tempat duduk pemandu.
"Dah hantar barangnya dik?" tanya guard yang berkawal menjaga sekolah pada malam itu.
"Dah, terima kasih ya pakcik," ujar Dayyan sambil tersenyum.
"Sama-sama, pandu kereta elok-elok ya," ucap guard tersebut. Dayyan membalas dengan anggukan.
Kereta Dayyan memacu keluar dari kawasan sekolah itu.
"Huh, nasib baik tak kantoi," keluh Camelia.
"Kau ni, terdesak sangat nak duit. Kau dah kaya kan? Tak cukup ke duit mummy daddy kau bagi? Rehat-rehatkanlah badan kau. Badan kau pun kena rehat," pesan Dayyan.
"Tak cukup. Eh you ni kan, you diam jelah. Bawa kereta cepat sikit. Lagi berapa minit je nak pukul 8," arah Camelia.
"Hish yelah. Mengarah je tau," kutuk Dayyan.
"Macam tak kenal," kata Camelia selamba. Dayyan menjulingkan matanya ke atas.
"Apahal tak jawab aku call?" tanya Dayyan sambil matanya fokus memandang ke jalan raya.
"Sebab I tahu, nanti you akan cakap macam ni... Ehem ehem," Camelia membetulkan suara terlebih dahulu.
"Ha! Kantoi curi-curi main telefon kat asrama!" serentak mereka berkata. Tawa bergema di dalam kereta Dayyan.
YOU ARE READING
Aster
Teen FictionNamanya seolah-olah menyeru masalah tiba padanya. Sepertinya dia memang dilahirkan untuk menghadapi semua ujian, cabaran serta dugaan tanpa henti, tanpa rehat. Seolah-olah mereka itu berjodoh, memang ditakdirkan untuknya. ° Pertembungannya dengan pa...