41☕

81 59 0
                                    

Jimin's POV

Aku terus balik dari hospital. Lepak minum coffee kat cafe yang dekat dgn hospital. Aku order Hot Americano dan duduk. Aku mesej dalam group BTS. Aku mesej semua seen but still,tak de sorang pon yang balas. Apa masalah semua orang ni. Fed up aku. Terus aku pakai earpod lalu bukak lagu. Aku tengok lama lagi air aku nak siap. Aku dengar lagu Eyes,Nose,Lips dari Taeyang sunbaenim. Tenangnya hati aku.

Mulalah aku teringat ciri-ciri wajah Kai.Mata hitam dia,bibir kecil dia yang merah.Tak boleh jadi ni,dia asyik bermain di dalam fikiran. Aku nak pergi hospital balik.

*******

Hospital Seoul

"Hah?!Kenapa bagi dia keluar?Dia sakitkan?Doktor jenis ape kau ni?!"Pekikan Jimin boleh didengari dari setiap penjuru hospital.Suaranya memetir gara marah akan seorang doktor."Encik,mintak bertenang encik.Suara encik boleh mengganggu pesakit lain"tegur doktor tersebut."Peduli apa aku?"jawab Jimin kasar."Security, bawak encik ni keluar sekarang "arah doktor itu kepada pengawal keselamatan. Tangan Jimin dipegang kuat dan dia diheret keluar akibat dia melawan. "Mana kau ni Kai? "soal Jimin kepada diri sendiri.Tiba-tiba masuk satu notifikasi di telefon bimbitnya.Rupa-rupanya pesanan ringkas daripada Kai Hyun. "YunYun Yeochin", Jimin membaca nama yang terpapar di skrin itu. Lantas dia membuka pesanan itu.

*******

MinMin-ah,jumpa dekat taman favourite YunYun.Jangan lambat tau and jangan sedih-sedih.YunYun tak nak tengok oppa sampai sana dengan mata merah-merah.One more thing, pakai suit yang ada atas katil oppa SARANGHAEYO

*******

Jimin tergelak kecil apabila membaca pesanan itu.Tak ubah macam dari budak-budak pesanan tu.Dia kuatkan semangat untuk bangun kerana dari tadi dia melutut di luar hospital.

Cherry Blossom Park

Kot hitam, kemeja putih dan bowtie yang Kai sediakan tersarung sempurna di badan Jimin. Sampai Cherry Blossom Park, Jimin terus cari kelibat Kai tapi gagal. Tiba-tiba dia nampak satu origami berbentuk hati di atas bangku selalu Kai duduk. -Oppa mesti risau kan? YunYun okay. Oppa jalan je terus. Hwaiting- Jimin membaca nota sambil tersenyum kecil. Dia jalan terus dan nampak satu lagi origami.Kali ni berbentuk burung. Dia bukak lalu membaca isi nota tersebut. -Oppa sayang YunYun kan? Jalan depan lagi- Jimin tersenyum kembali. Macam budak-budak dia ni. Dia kutip satu per satu origami dan membaca satu demi satu. Dia leka mengikut arahan dalam nota sampai Jimin tak perasan tempat diorg jumpa. Ade sususan lilin. Kelopak bunga berbentuk ♡. Dia kutip satu origami terakhir dan baca nota di dalamnya. -Happy 4 year anniversarry oppa!-pesan nota.

Jimin terdengar suara orang menyanyi. Dia nampak Kai Hyun menyanyi bersama gitar yang dia hadiahkan sambil diiringi ahli BTS dan Jae Hee. Kai,bergaun putih paras bawah lutut,berseluar jeans dan memakai flower crown.Di tangan dan di kepalanya adalah bunga yang masih segar.Dia nyanyikan lagu favourite aku,'Nan Neorul Saranghae' yang pernah Jin hyung cover. Suara dia sesuai dengan lagu tu.

Jimin's POV

Aku menatap matanya dan mengunci pandangan mata kami. Aku tersenyum apabila dia menyanyi. Aku dengar satu per satu ayat yang dinyanyikan oleh Kai sambil cuba menelan maksud lagu tersebut.

Barista and English teacher + jjk and pjmWhere stories live. Discover now