Kai terdengar perbualan ringkas itu dan terkejut dengan perangai Jimin.*Sebab aku ke dia jadi macam tu* Perasaan marah bercampur-baur dengan sedih.Marah sebab dia lepaskan marah terhadap Jae Hee yang sedang sakit dan Jungkook yang cuba untuk membantu.Pada masa yang sama sedih kerana dia rasa bahawa dialah punca hilangnya Jimin yang sentiasa ceria.Yang ada sekarang ialah Jimin yang tak mempunyai perasaan.
"Kenapa cakap macam tu dengan Jae Hee?"soal Kai memecah kesunyian di dapur."Mulut tu dah bisu ke?"soalan dia menambahkan lagi kemarahan Jimin.Jimin hanya membalas dengan jelingan.Tanpa disedarinya,dia telah menggores perasaan Kai. Sesudah masak,Kai menghidangkan makanan dan mereka semua duduk bersama-sama untuk makan.Malam ini kedudukan mereka berbeza.Biasanya Jimin akan duduk di sebelah Kai tanpa disuruh,tapi kali ni Jimin menyuruh Jungkook duduk di sebelah dia.
"Jungkook,lepas makan nanti dah boleh balik.Lagipun ade kelas kan esok?Datang sini jelah,tak payah pergi cafe"kata Kai Hyun sambil bertegas."Habis,Kai macam mana kat cafe sorang-sorang nanti?"Kai Hyun membalas dengan senyuman dan menjawab"Sebelum kau datang,aku sendiri jugak yang jaga cafe tu".Jae Hee tergelak kecil mendengar cara Kai menjawab. #KaiHyunSoSavage. Setelah selesai makan,tibalah masanya untuk mereka berdua pulang.Jae Hee memberi pelukan dan ciumaan di pipi terakhir buat Jungkook untuk malam ni sebelum mengucapkan selamat malam manakala Jimin masih di meja makan,termenung.
Jimin's POV
*Kenapa susah sangat dia nak tunjuk yang dia sayang kat aku?Susah ke nak layan aku lain daripada orang lain?Atau aku cuma...kawan* Lamunan aku terhenti apabila aku merasakan dua tangan kecil yang hangat memeluk aku dari belakang.Tangan yang selalu membelai rambut aku."Mianhae~"Kai bersuara sambil membenamkan mukanya di bahu aku "Yu-Yu-Yunyun tahu YunYun yang salah.Yunyun tak pernah nak luangkan masa dgn oppa.Penat oppa datang,balik dari airport tapi perkara yang pertama YunYun ambil kisah ialah cafe".Aku mendengar setiap perkataan yang diucapkan.Tiba-tiba aku dengar esakan dan bahu aku mulai basah.Perlahan-lahan aku pusing ke belakang dan aku terlihat pipi dia yang basah.Kai menangis.*Dia menangis...sebab aku?*Perasaan bersalah mula menyelubungi diriku. Perlahan-lahan dia mendongak untuk melihat muka aku. Mata hitamnya dihiasi dengan air mata.Aku mengesat air mata yang mengalir di pipinya.Sambil aku mengelap air mata dia,aku menatap wajahnya.Dia kelihatan keliru dan terkejut terhadap tindakan aku. Sungguh,aku tak suka perasaan ni.Aku tak suka bila aku yang menjadi punca dia terluka.Aku tak suka tengok dia menangis dan sedih.
YOU ARE READING
Barista and English teacher + jjk and pjm
Hayran KurguPerjalanan kita dalam hidup tak semestinya lancar. Mesti ada sekatan dan halangan. Siapa yang sanggup hari-hari dipenuhi dengan seksaan. Jadi dia orang sahabat telah mengambil keputusan untuk lari dari tempat yang layak diberi nama 'neraka'. Apabil...