80☕

16 17 0
                                    

Dorm
8.45 pagi

Jae Hee's POV

Aku terjaga dari bunyi botol-botol yang berlaga. "Kai?" soal aku dalam keadaan mamai. Aku tengok sebelah tangan dia tengah pegang botol,lagi satu menutup hidung. "Oh,Jae. Bising sangat ke? Mianhaeyo" ujarnya dengan  nada yang rasa bersalah. "Gwenchana" kata aku lalu bangun dari sofa untuk membantu Kai mengemas. Botol-botol yang berselerak dikumpulkan dan dibuang. Kesan-kesan air yang tumpah di lantai turut dibersihkan dan dimop oleh Kai. "Semalam kau tido okay?" Soalnya sambil meneruskan misi membersihkan dorm BTS yang serupa rumah terbiar. Baju bersepah-sepah, dapur kotor. Patutla Jin oppa marah kalau diaorang masuk dapur masak sendiri. Baru la aku faham perasaan Jin oppa selama ni.

"Jae? Aku tanya ni?" Sambung Kai memetik jarinya beberapa kali di hadapan mukaku. "Huh? Oh okay je tido semalam" jawab aku sambil mengelap meja. "Memang la okay. Dah berpeluk je sampai ke pagi. Memang best la jawabnya" sampuk Jin yang baru bangun tido barangkali. "Eh oppa. Morning" ujar aku sambil menghadiahkan senyuman. "Morning jugak. Ni nak tolong oppa masak ke nak tolong Kai kemas?" Soal Jin sambil memakai apron. "Takpe la Jae. Kau tolong oppa masak, aku kemas. Ni pun sikit je. Dah nak siap dah" ujar Kai. Aku hanya mengganguk dan turut memakai apron. Apron berwarna hitam tersarung lengkap di sebalik kemeja jeans oversized milik Jungkook. Jungkook yang suruh aku pakai sebab malam tadi sejuk. Tambah lagi aku pakai dress paras atas lutut. Memang menggigil lah jawabnya.

"Kita nak masak apa harini oppa?" Soal aku sambil melihat cermin yang tergantung di dinding untuk membuat messy bun. "Hurm,masak seaweed sup nak? Diorang semua pun mabuk habis semalam" ujar Jin mendapatkan kepastian aku. "Ok. Jom kita masak" kata aku bersemangat. "Jay? Tolong oppa potong sayur boleh? Oppa nak buat sup tu dulu. Lepastu baru nak masukkan seaweed, boleh?" Pinta Jin sambil membersihkan pinggan mangkuk yang terbiar di dalam singki. "Alright, oppa" kata aku sambil mengganguk beberapa kali. "Jinnie oppa" Kai menepuk-nepuk bahu Jin sambil memanggil namanya. "Kai pergi kejutkan semua orang eh? Dah pukul 9 lebih dah ni" ujar Kai. "Okay" jawab Jin dengan ringkas dan dengan itu Kai hilang dari pandangan aku.

"Wah,sedapnya bau hyung. Aik Jae Hee pun ada sekali?" Kata Namjoon sambil melihat aku yang tekun mengupas bawang. "Ha ah. Jay tolong hyung. Dah tu korang semua membuta lagi. Kai tu dah siap  mengemop satu dorm lagi,korang masih berdengkur" jawab Jin dengan pedas. Namjoon hanya mengi-ya-kan sahaja kata-kata Jin. Yang sebenarnya masuk telinga kiri,keluar telinga kanan setiap hari. Bebelan yang sama yang disajikan oleh Jin pada mereka tiap hari tapi langsung mereka tak dengar sepatah pun.

"Pagi-pagi ni makan seaweed? Pelik pelik la hyung yang sorang ni" kata Namjoon sambil menguap. Kemudian kelibat Jungkook muncul di dapur. "Hyung cepat la masak. Dah lapar ni" kata Jungkook sambil mengusap-ngusap perutnya. "Eh,jagi? Jagi buat ape ni?" Soal dia. "Tolong Jin oppa masak la" jawab aku ringkas sambil mata aku masih tertumpu pada bahan-bahan untuk memasak. Aku pusing ke belakang untuk tengok Jungkook. Dia meletakkan kepala dia di atas bahu Namjoon dan matanya dipejam. Rambut Namjoon oppa dah macam sarang burung tambah lagi warna coklat gelap.

Barista and English teacher + jjk and pjmWhere stories live. Discover now