Kediaman Jeon
7.30 pagiJae Hee's POV
Aku bangun daripada tidur selepas cahaya matahari datang mengacau. Aku dalam pelukan Jungkook dan terasa sangat hangat. Aku masih takut pasal semalam tapi aku cuba beranikan diri. "Oppa,ireona.Dah pagi ni" kata aku perlahan sambil menggoyangkan badan Jungkook perlahan. "Hurm" jawab Jungkook sambil mengeratkan pelukan. "Ah ireona oppa. Palli" rengek aku sambil menguatkan goncangan pada badan Jungkook. "Hurm 5 minit lagi" jawabnya sambil menekup bantal di kepalanya. Aku alihkan bantal dan mula mencium dari dahinya turun ke hidung berakhir di bibir. Jungkook mula menggosok mata perlahan. "Morning honey. Thanks for the morning kisses. Ade apa-apa ke harini?" soalnya sambil tersenyum. "Takde pape.Just nak ajak oppa balik la. Dah gi mandi eh? Jagi nak buat sarapan" kata aku sambil mengurut bahu Jungkook. "Nak balik dah? Yelah jagi" jawab Jungkook sambil mengambil tuala lalu masuk ke bilik air.
Aku mengikat rambut menjadi perfect messy bun. Aku turun tangga dan pergi ke dapur. Takde org pun. Oh baru pukul 7:15 pagi. Aku memakai apron lalu mulakan sesi masak-memasak aku. Lebih kurang 50 minit, aku berjaya buat nasi goreng kimchi dan roti bakar. Oh,tak lupa jugak susu suam dan orange juice. Aku menyusun makanan tersebut di atas meja makan. Barang yang aku telah pakai pun aku basuh.
"Amboi sedapnya bau" aku toleh ke belakang dan lihat appa Jungkook sedang duduk di meja makan. "Morning ahjus- eh appa" kata aku sambil tersenyum. "Morning Jae Hee. Ni semua Jae Hee buat ke?"soalnya. Aku mengganguk kecil sambil menyambung membasuh di sinki. "Morning appa" aku dengar Jungkook cakap dengan appa dia. "Ye morning. Wah smart smart nak gi mane ni?" Tanya appa Jungkook prihatin. "Jalan jalan,weng-weng. Eomma mane pa?" Soal Jungkook. "Ala macam tak kenal eomma kamu tu. Dia dah pergi kelas yoga dengan Areum. Camyeye je yang Areum tu future daughter-in-law dia" , "Kalau nak anak lelaki dia kahwin dengan Areum,boleh. Keluarkan lah satu lagi" sindir Jungkook. Ni dah terikut-ikut dengan perangai savage Kai lah ni. "Eh jagi sini la makan sekali" ajak Jungkook sambil menepuk-nepuk kerusi kosong di sebelahnya. "Tapi kan Kook, appa lebih suka Jae Hee. Lawa pun lawa, reti masak tak macam Areum. Harap shopping, berjalan je. Kerja rumah langsung zero" kritik appa Jungkook melegakan perasaan aku.
Aku suakan appa dan Jungkook nasi goreng kimchi. Masing-masing berlumba-lumba siapa yang paling banyak tambah. Aku hanya mampu menggeleng kepala. Bapak borek anak rintik,patutlah. Aku hanya makan roti bakar sapu jem bersama susu. "Jae Hee masak boleh tahan sedap. Habislah kookie. Makan kat rumah pastu nanti jadi macam appa. Dah takde abs lagi" kata appa Jungkook. "Ei Kookie bukan macam appa. Kookie tiap hari workout tau" jawab Jungkook sambil menjelir lidah. "Ha tengok la ni. Jae Hee tengok la. Laki camni nak buat suami? Takyah la. Kalau dia cari pasal, wrestling je dia ni" sambung appa Jungkook membuatkan kami meletus ketawa. "Apalah appa ni"kata Jungkook sambil menghabiskan sisa gelaknya. "Oppa, appa dah habis makan? Jae Hee nak kutip pinggan"kata aku sopan. "Eh dah dah. Bawak elok elok takut jatuh kang,Evil Queen marah lagi "sambung appa Jungkook. Aku tersenyum manis sambil mengangguk kecil.
YOU ARE READING
Barista and English teacher + jjk and pjm
Fiksi PenggemarPerjalanan kita dalam hidup tak semestinya lancar. Mesti ada sekatan dan halangan. Siapa yang sanggup hari-hari dipenuhi dengan seksaan. Jadi dia orang sahabat telah mengambil keputusan untuk lari dari tempat yang layak diberi nama 'neraka'. Apabil...