[Flashback]
"Sakit!! Jebal,HAJIMA! Makcik sakit!!!Tolong lah berhenti!!!MAKCIK!!!" raungan dan rintihan Jae Hee memenuhi ruang koridor.Kai yang tadinya sedang makan berlari masuk ke dalam pejabat yang tidak berkunci itu."KAU NI MEMANG BAWAK NASIB MALANG! SEBAB TU MAK BAPAK KAU BUANG KAU!!ANAK SIAL!!!".Dia berlari ke arah Puan Dayeon yang sedang merotan Jae Hee tanpa belas kasihan.Kai cuba untuk menahan tangan Puan Dayeon dari terus merotan Jae Hee,tapi dia ditolak secara kasar menyebabkan dia terjatuh dan rusuknya terhentak di bucu meja pejabat."Kau tunggu kau budak!!Lepas ni ko akan kena lagi TERUK!!", herdik Puan Dayeon.Dia meninggalkan pejabat itu dan memanggil Encik Song. Kanak-kanak yang lain hanya mampu melihat sahaja.Mereka tau apabila Encik Song melangkah masuk saja, memang tiada harapan untuk mereka yang di dalam untuk keluar tanpa sebarang kecederaan.Encik Song mengunci pintu pejabatnya dan membuka tali pinggang yang dipakainya.Tangan dia diangkat tinggi.Dia kini berada di dalam posisi bersedia untuk membuat libasan yang kuat.Kai yang terbaring longlai menggunakan sisa tenaganya untuk menghalang libasan itu daripada terkena Jae Hee. *ZAPP!!!* libasan pertama berjaya mendarat di atas belakang Kai.Jae Hee yang memejamkan matanya terkejut apabila mendengar bunyi itu,tetapi dia tidak merasakan sebarang kesakitan.Dia membuka matanya... Dia kaku, menggigil, terdiam.Baju Kai sudah terkoyak, terdapat garisan melintang di belakangnya. *ZAPP!!* libasan kedua dilepaskan membentuk garisan melintang kedua.Kulit Kai mula bertukar menjadi merah menyala.Darah merayu untuk keluar dari kulitnya itu. *ZAPP!!* libasan ketiga iaitu libasan yang terakhir menunaikan hasrat darah itu.Dengan itu, terkoyaklah tisu-tisu bahagian belakang badan Kai.Darah mengalir tanpa henti.Kai meletakkan tangannya yang menggeletar itu di mulut Jae Hee sebagai isyarat untuk berdiam diri.Dengan libasan terakhir tadi, lengkaplah badan Kai dengan garisan ketiga yang panjangnya dari bahu hingga pinggul."Lain kali,aku tak akan berlembut lagi.Faham?" itulah kata-kata terakhir Encik Song sebelum meninggalkan Jae Hee dan Kai Hyun sendirian di dalam pejabat.
[End of flashback]
*******
Peristiwa itulah yang menjadi punca Kai Hyun mempunyai 3 parut yang paling dibenci di belakang badannya. Pada hari itu,2 daripada tulang rusuk kanannya retak akibat impak yang kuat dari hentakan bucu meja itu.Ia mengambil masa selama 3 bulan bagi kanak-kanak yang berusia 16 tahun untuk pulih sepenuhnya.
*******
Hospital Besar Jeju
8:30 pagiJae Hee's POV
Mimpi itu mengarahkan aku supaya bangun dari tidur."Kai~"bisik aku kepada diri sendiri.Aku bangun kebingungan.Kepala aku masih pening,tapi kurang dari semalam. Aku memegang kuat katil untuk berdiri dan cuba untuk melangkah keluar dari wad.
YOU ARE READING
Barista and English teacher + jjk and pjm
FanfictionPerjalanan kita dalam hidup tak semestinya lancar. Mesti ada sekatan dan halangan. Siapa yang sanggup hari-hari dipenuhi dengan seksaan. Jadi dia orang sahabat telah mengambil keputusan untuk lari dari tempat yang layak diberi nama 'neraka'. Apabil...