Wad Jimin
8 pagiJururawat masuk ke dalam wad untuk mengikat langsir, membenarkan cahaya matahari untuk menyelinap masuk ke dalam bilik gelap itu.Kai yang tadinya mamai sambil bertongkat dagu melaraskan pandangan matanya dengan tahap kesilauan cahaya itu.Jururawat itu meminta diri dan keluar.
*******
Kai Hyun's POV
Untuk menghilangkan rasa ngantuk, aku pon main lah game yang ade dalam phone aku.Sedang aku asyik main,aku mendapat pesanan ringkas dari Jae Hee.Nasib lah Jae Hee ade jadi peneman sementara nak tunggu Jin datang.Nak kejut Jimin tak sampai hati pulak.Tapi,khidmat peneman tak kekal lama.Aku mengambil keputusan untuk pergi ke tandas, basuh muka.Telefon aku,aku letakkan di atas meja kecil yang ada di tepi kepala katil Jimin.Aku mengucup dahi Jimin sebelum melangkah keluar dari wad.
Jimin's POV
Dengan satu kucupan,aku keluar dari alam mimpi.Sewaktu Kai keluar,dia tak perasan yang aku dah bangun.*TING* *TING* *TING*. Notifikasi memaparkan nama Jae Hee."Awal pulak si awek Jungkook ni bangun",keluh aku.Aku pon membuka telefon Kai,dengan tujuan hendak membalas mesej.Tapi niat aku terhenti apabila aku teringat akan gambar-gambar dalam galeri Kai.Bila aku bukak galeri,album yang diberi nama 'SONG BAEK HO' itu tidak kelihatan lagi.Aku dengar bunyi pintu dibuka.Dengan sepantas kilat,aku meletakkan telefon itu kembali ke tempat asalnya.Pintu ditutup dan orang itu adalah Kai."MinMin-ah",dia berlari ke arah aku dan memeluk aku erat.Aku hanya tergelak melihat telatah dia. "MinMin..Okay tak?"dia cuba untuk menyusun kata.Kepala dia aku usap menyebabkan rambut dia yang basah itu menjadi kusut."Okay.Ni ape sampai basah kepala ni?Dengan lengan bajunya.Aigoo"usik aku."Ngantuk, YunYun pergi lah cuci muka.Dah lah tengah mamai,singki tu pulak complicated bebenau.Pusing tak boleh,itu tak boleh,ini tak boleh.Sekali air terbukak besar, terpercik lah"dia menerangkan tentang apa yang berlaku."Meh duduk kat sebelah oppa"aku ajak dia sambil menepuk-nepuk ruangan katil yang kosong.Sebaik sahaja dia duduk,mulalah keluar bebelan dia."Kata sakit sikit.Ni sampai masuk hospital ni.Orang ajak malam tu kata bla bla bla ....."berjela-jela lagi lah."Ye lah ye lah.Lain kali oppa ikut pesanan YunYun,okay?"aku cuba untuk pujuk dia.Dia memuncungkan bibir merahnya itu."Alolo comelnye.Buat lah selalu.Aduh"baru usik sikit dah kene cubit.
Sedang kami berbual,pintu wad dibuka."Oo,Chim Chim"Jin terjerit kecil sambil menuju ke arah katil aku sambil tersenyum lebar. "Jin hyung" panggil aku dalam nada riang.
"Dah rasa okay? Ke rasa sakit lagi?"Jin hyung tanya aku menampakkan prihatin terhadap aku. "Jimin okay cuma rasa pening sikit" jawab aku sambil tersenyum lemah ke arah dia.
"Hyung nak keluar kejap tau. Hyung nak panggil doctor dulu eh? Nak check keadaan Chim,tau tau?" kata dia sebelum keluar dari wad aku. Aku melihat wad VIP aku. "Hah, termenung ape lagi ni? Dari semalam MinMin tak makan,makan sikit eh?"pujuk Kai sambil menyuakan bubur suam kepada aku. "Taknak la. MinMin dah kenyang tengok Jagi" aku sengaja menekan perkataan jagi. "Takyah nak mengada-ngada panggil jagi sangat lah.MinMin kena makan juga" tegas Kai. Aku muncungkan bibir sambil mengganguk lemah.
YOU ARE READING
Barista and English teacher + jjk and pjm
Hayran KurguPerjalanan kita dalam hidup tak semestinya lancar. Mesti ada sekatan dan halangan. Siapa yang sanggup hari-hari dipenuhi dengan seksaan. Jadi dia orang sahabat telah mengambil keputusan untuk lari dari tempat yang layak diberi nama 'neraka'. Apabil...