Rumah Jae Hee & Kai Hyun
8 malamJae Hee's POV
Aku memakai gaun rama-rama paras lutut berwarna purple pastel manakala Jungkook memakai coat hitam dan kemeja berwarna putih di dalamnya. Aku kenakan dengan kasut tumit tinggi berwarna putih, Jungkook pula dengan Timberlands boot dia lagi. Kami berempat nak pergi ke restaurant untuk makan malam.
Kemudian diteruskan lagi dengan idea Jimin untuk menjadikan Kai miliknya. Aku menuruni tangga dan menuju ke luar rumah. "Semua dah siap?" tanya Jungkook. "Tinggal Kai je lagi belum ada" kata Jimin. Aku hanya mengangguk dan tersenyum.
Jimin's POV
Sedang aku menunggu di luar rumah bersama Jungkook dan Jae Hee, aku nampak satu kelibat yeoja yang sangat cantik bak bidadari. Dia memakai gaun biru cair yang berlengan panjang dengan corak bunga yang berwarna merah jambu.
Malam ni,baru terserlah sifat-sifat feminine Kai Hyun. Bukan sahaja dia memakai gaun,tetapi dia mengenakan anting-anting,kasut tumit tinggi dan juga solekan. Dia bukan macam Kai yang aku kenal selama ni.
Aku menghadiahkan senyuman kepadanya sebaik sahaja aku nampak dia. "Cantiknya sayang Min malam ni" kata aku sambil mengenyit mata. Dia hanya ketawa kecil sambil menampar bahu aku perlahan.
"Mengada eh? Habis selama ni YunYun tak cantik lah ye?" Soal dia. Aku menggelengkan kepala. "You are always beautiful. Always be the apple of my eyes" puji aku sambil mengusap-ngusap pipi lembutnya yang berwarna merah jambu.
Dia hanya tergelak kecil. Memang tak salah lagi, dia orang yang sesuai untuk aku selama ni. "Gomawo MinMin" ucap dia sambil membalut tangannya di lengan aku.
"Ehem ehem. Lupa ke gerangan kami di sini?" Kata Jae Hee sambil membuat batuk palsu. Jungkook hanya memandang aku dan Kai dengan wajah tersengih besar. "Kacau la korang ni. Baru nak sweet sweet sikit" kata Kai sambil memuncung mulut.
"Dah jom" ajak aku sambil memimpin tangan Kai untuk membantu berjalan. "Kookie bawak eh? Hyung duduk belakang dengan Kai noona" kata aku lagi sambil membantu Kai duduk di seat belakang. Jungkook hanya mengganguk kepala sambil berjalan ke pintu tempat pemandu manakala Jae Hee di sebelahnya.
Fancy Seafood Restaurant
Ahli BTS yang lain telah duduk di meja yang Jimin tempah. Namjoon dan Jin mengenakan kemeja biru hampir sedondon manakala Taehyung dengan kemeja Gucci berwarna putih dengan lambang ular di kolarnya. Hobi pula dengan jacket hitam berbunga dan akhir sekali Yoongi dengan baju hitam berbelang putih. Mereka menjadi tumpuan di situ tapi mereka sengaja tidak mengendahkannya.
"Weh tak sangka kan mochi kita dah besar sekarang? Dah nak lamar Kai dah" kata Hobi sambil mengelap air mata yang kononnya ada. "Kan. Tak sabar nak main dengan anak sedara aku lepasni. Aaah dongsaengku" sambung Jin sambil tersenyum.
"Amboi jauhnya fikir" kata Namjoon sambil menyiku lengan Jin di atas meja. Jin hanya tersengih sambil menyentuh rambutnya. "Eh mana dia orang ni? Dah lama kita tunggu ni" kata Yoongi sambil menongkat dagu. "jammed la tu. Kejap lagi dia orang sampai la tu. Tak sabar nak tengok bakal pengantin kita ni" jawab Hobi positif.
YOU ARE READING
Barista and English teacher + jjk and pjm
Fiksi PenggemarPerjalanan kita dalam hidup tak semestinya lancar. Mesti ada sekatan dan halangan. Siapa yang sanggup hari-hari dipenuhi dengan seksaan. Jadi dia orang sahabat telah mengambil keputusan untuk lari dari tempat yang layak diberi nama 'neraka'. Apabil...