Busan Beach House Cafe
6 petangKai Hyun's POV
Aku rasa baru empat hari dia pergi,tapi rasa macam dah setahun.Here we go again,same routine.Pergi cafe,balik cafe,pergi cafe,balik cafe.
*******
Jae Hee's POV
"Kai,barang dah habis"aku cakap kepada Kai sebaik sahaja aku memeriksa tempat letak stok.Semenjak dua lelaki tu tak ada,maka tak ada lah orang yang nak pergi beli barang."Kai,biar Jae pergi beli lah,eh?","Hah,ooo.Okay"kata Kai yang leka membasuh pinggan di dapur."Duit ada tak?"soal dia."Ada ada.Jae pergi dulu eh.Anyeong"dengan itu,aku pon keluar dari cafe dan pergi ke kedai berhampiran.
*******
Kai Hyun's POV
Jae pergi beli barang,kedai pun belum bukak.Aku mengambil keputusan untuk mengemas bahagian dapur.Pinggan mangkuk bertimbun dalam sink.Pintu cafe aku biarkan saja tidak berkunci,kalau-kalau aku tak perasan Jae Hee dah balik.Lagipon dia tak bawak kunci tadi.Sedang aku mengeringkan pinggan-pinggan,aku dapat merasakan kehadiran seseorang.Aku sangkakan Jae Hee,tapi aku salah.
SONG BAEK HO
*******
Seorang lelaki berpakaian tuxedo lengkap memasuki ruang dapur cafe."Jae,kau dah ba-"kata-kata Kai terhenti sebaik sahaja dia melihat seorang lelaki yang dia kenal.Seorang lelaki yang pernah sayangkan dia.Terlalu sayangkan dia.Tapi lelaki itu jugalah yang menyakiti Kai Hyun.
Bila difikirkan balik,dialah lelaki yang memarahi Jae Hee hari tu.Lelaki itu terus menarik pinggang Kai sehingga hidung mereka bersentuhan.Tangan Kai menepuk ganas dada lelaki itu,meronta untuk dilepaskan.Dia suka tengok Kai lemah.Dia suka tengok Kai merayu kepada dia."Baek Ho,ape ni?!Lepaslah!LEPAS!"rontaan Kai Hyun semakin kuat apabila Baek Ho mula menyentuh pipinya."TOLONG!!EH LEPASLAH BODOH!!"jeritan Kai didengari dari luar.Mujurlah Jae Hee sudah tiba di kedai pada masa tu.Jae Hee terus meninggalkan barangan itu di atas meja dan terus berlari ke dapur.Tanpa berfikir,Jae Hee terus menarik lelaki itu dan menghempasnya ke dinding.Lelaki itu memegang bahagian kepalanya akibat impak yang agak kuat daripada tolakan Jae Hee tadi."Se-sebelum aku t-telefon polis,baik kau keluar sekarang.KELUAR!"kata-kata Jae Hee seperti tidak memberi kesan kepada lelaki itu.Sebaliknya,dia hanya tergelak mendengarkannya."Huh,dari dulu lagi kau selalu ada untuk rosakkan hubungan aku dengan Kai.Kai...Aku pastikan kau akan kembali kepada aku" dengan itu dia pun keluar dari dapur cafe."Apehal lelaki tu.Kai...Are you okay?Wei,lelaki tulah yang nak kau ambil order dia hari tu.Asal duh mamat tu?"tanya Jae Hee kerisauan."Jae...Kau ingat tak anak Puan Dayeon"pertanyaan Jae Hee dibalas dengan soalan.Dia membulatkan matanya sebaik sahaja mengingati peristiwa lalu."Tak kan lah.Tu...Tu...Song B-" Jae Hee tergagap." Ye tu Baek Ho"pintas Kai.
"Jae,janji dengan aku jangan bagitahu Jimin.Aku tak nak yang dia tahu Baek Ho datang cafe ni.Janji eh?"rayu Kai."Tapi ni libatkan keselamatan kai jugak" kata Jae Hee dalam kerisauan.Hati dia kuat mengatakan bahawa Baek Ho akan datang balik untuk Kai."Kai,tutup cafe awal jom. Jae risau lah takut dia datang balik .Kita balik eh?"soal Jae Hee sambil menarik lengan baju Kai."Okay,jom. Kita balik rumah",Kai jawab dengan lemah.Dalam kereta,mereka tidak berhenti memikirkan tentang lelaki tu.Hujan turun untuk menumpang kerisauan di hati mereka.
YOU ARE READING
Barista and English teacher + jjk and pjm
FanficPerjalanan kita dalam hidup tak semestinya lancar. Mesti ada sekatan dan halangan. Siapa yang sanggup hari-hari dipenuhi dengan seksaan. Jadi dia orang sahabat telah mengambil keputusan untuk lari dari tempat yang layak diberi nama 'neraka'. Apabil...