Rumah Jae Hee & Kai Hyun
6 petangSampai je rumah, kedua-dua gadis itu duduk di atas sofa. Jae Hee mencapai alat kawalan jauh televisyen dan mencari siaran untuk ditonton. "Tak de cerita best lah. Tengok movie lah" cadang Jae Hee. "Cari ah movie apa yang kau nak tengok. Aku nak pergi mandi dulu. Dengan dress ni lagi" kata Kai. "Oh,okay" jawab Jae Hee ringkas.
Kai Hyun pon menuju ke atas untuk mandi sementara Jae Hee di bawah sibuk membancuh air dan membuat sandwich sebagai snek ketika menonton. Kemudian Jae Hee mengambil kembali posisinya di atas sofa. Sedang asyik dia menonton,Kai menyergahnya dari belakang, "Im Jae-ah!"Tersedak dia yang tengah minum air. Dia mengelap mulutnya dan berkata "Apa? Terkejut Jae"rungut Jae Hee sambil menjeling. "Awak tu pon belum mandi jugak kan. Satu rumah dah bau kambing tau tak" kata Kai sambil mencuit-cuit bahu Jae Hee. "Lepas movie eh?" pinta Jae Hee sambil membuat aegyo. "Haishh,pape jelah yang sorang ni" kata Kai sambil mengusutkan rambutnya. "Saranghaeyo nae chingu-ya" jerit Jae Hee. Lama kelamaan, mata Jae Hee mula memberat. Dia pon perlahan-lahan memejamkan mata dan terlelap di atas sofa.
[Time skip]
7.45 malam
Kai Hyun's POV
Aku keluar dari bilik air dan mengeringkan rambut aku. Malam ni agak sejuk,jadi aku mengenakan hoodie yang berwarna sky blue dan sweatpants. Aku sampai je bawah, tengok Jae Hee terlelap atas sofa. Aku pergi dekat dia dan mengejutkannya. "Jae..Yah Jae Hee.Ireona,Im Jae-ah" panggil aku. Dia menggosok-gosok matanya dan dan cuba untuk berdiri. "Pergi mandi dulu. Lepastu nak tidur, tidurlah" tambah aku lagi. "Hah,okay Kai" jawab dia sambil menggeliat. Tidak lama kemudian,tinggal lah aku bersendirian di ruang tamu. Pinggan dia tadi aku angkat dan basuh.
Sewaktu aku hendak menyusun pinggan itu di rak,aku terdengar bunyi yang aneh dari luar. Kawasan rumah kami berada berhampiran hutan,jadi aku menyangkakan bahawa itu hanyalah haiwan-haiwan kecil seperti musang. Beberapa minit kemudian,aku dengar lagi bunyi tu. Aku menjengah dari tingkap dapur, ternyata semak-samun itu bergerak-gerak seolah-olah ada makhluk di sebaliknya. Aku mengecilkan mata aku untuk melihat dengan lebih jelas makhluk di dalam kegelapan malam itu. Aku membiarkan sahaja hal itu dan menuju kembali ke ruang tamu. Tengok-tengok Jae Hee dah tercongok kat depan televisyen menonton filem kegemaran kami,iaitu Miracle In Cell Number 7. Aku mengambil tempat aku di sebelahnya dan menyandar.
*******
Tanpa disedari, ada seseorang yang memerhatikan keadaan di dalam rumah. Segala gerak-geri Kai dirakam dan diperhatikan umpama binatang buas yang laparkan habuannya. Seorang lelaki berdiri di balik semak di luar rumah mereka. Dia sedang tersenyum senget sebelum berjalan menjauhi rumah Jae Hee dan Kai Hyun. Dia Song Baek Ho. "Takpe Kai sayang. Kau boleh lari sejauh mana yang kau nak, tapi aku akan tetap cari kau sampai ke lubang cacing sekalipun" luah Baek Ho sebelum masuk ke keretanya. Dia memecut laju keluar dari perkarangan rumah Kai lalu menuju ke Seoul.
YOU ARE READING
Barista and English teacher + jjk and pjm
FanfictionPerjalanan kita dalam hidup tak semestinya lancar. Mesti ada sekatan dan halangan. Siapa yang sanggup hari-hari dipenuhi dengan seksaan. Jadi dia orang sahabat telah mengambil keputusan untuk lari dari tempat yang layak diberi nama 'neraka'. Apabil...